Salam bloggers... terima kasih Putrarahman dengan komen yang diberi. Secara jujurnya saya amat -amat bersetuju dengan pandangan tersebut. Sesuai dengan pepatah Inggeris bahawa ' Busuknya ikan bermula dari kepala'... Cuma saya sebagai insan yang lemah hanya mampu mendoakan agar saya tidak menjadi punca kepada 'ikan yang busuk itu'...Amin...
Masih tidak terlambat untuk saya untuk 'wish' selamat Hari Guru kepada semua guru-guru budiman yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa. Khusus ucapan ini kepada rakan-rakan cikgu sama ada di Terengganu atau di luar Terengganu. Pengalaman saya sebagai guru banyak mengajar saya dalam bidang politik ini. Atas zat cikgu Alhamdulillah saya mampu menang dalam percubaan pertama pilihanraya 1999 semasa tengah hebat gelombang reformasi. Saya yakin bahawa ramai rakan-rakan cikgu di Hulu Terengganu banyak membantu saya ketika itu. Pada saya jasa dan budi para guru terhadap saya dan keluarga terlalu agung dan tidak mampu untuk saya membalasnya. Apa yang dapat saya simpulkan bahawa dalam dunia perguruan wujud nilai-nilai murni seperti setiakawan, jujur, dan sanggup berkorban apa sahaja yang mana ciri-ciri ini kurang kedapatan dalam dunia politik. Ertinya betapa murninya jiwa guru...
Sempena dengan sambutan Hari Guru ini saya seperti biasa menghantar sms kepada semua rakan-rakan cikgu yang saya kenal...Alhamdulillah nampaknya rakan-rakan cikgu masih mengingati saya dan membalas sms saya. Saya merasa amat bangga dan terharu dengan ingat dan balasan tersebut... Di bawah ini saya senarai antara balasan sms yang saya terima daripada kawan-kawan dan bekas-bekas pelajar saya yang cukup mengesankan saya.
... Cikgu Safaruddin PPD Hulu Terengganu...'Banyak dapat bunga, Tandanya tugas guru mengharumkan dunia, Dapat Pen...Tanda guru bijak melakar kata, Dapat Pemadam tandanya guru membetulkan yang dusta... Dapat mesej tandanya guru sentiasa diingatan...SELAMAT HARI GURU'
...Cikgu Halizan SMK Seri Berang...(My ex student)...
Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, dalam marahny ada sayang, Dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, Dalam tangannya kita terbina...Selamat Hari Guru...TERIMA KASIH CIKGU
...Cg Idris Bidin (PPD Dungun)...Guru baikan NTV7 kerana Ceria selalu, Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi Inspirasi Hidupku,Yang pasti guru jua bagaikan TV9 Dekat Di Hati, dan yanmg paling penting guru juga bagaikan Pakage ASTRO kerana Macam macam Ada...Happy Teachers Day...
...Ustaz Ku Apwa (SMUA SZA)...Ilmu dijunjung Guru di Sanjung...Selamat Hari Guru..
...Cikgu Nik Azman (SMK Ajil)...Guru, engkau menyinar ummah dengan sinaran ilmu dan hikmah;engkau memikul amanah membentuk generasi Fatonah; menjadi contoh mithaliah, dengan sifat mulia terserlah; sabar menghadapi mehnah;meskipun selalu terfitnah, tetap utuh jiwa mujahadah kerana menyakini janji ALLAH, setiap amanah yang dilaksana sebaiknya kerana Allah, ganjaran menanti adalah JANNAH..Selamat Hari Guru kepada semua yang berjiwa guru...
...Ayahnda Ustaz Yahya Chik (Manir)...Guru sekadar lilin, membawa cahaya sinaran kudus...ALLAH...Kekasih...Selamat Hari Guru.
... Ustaz Rozali Mamat (Ex Pengetua MRSM K Berang)...A Teachers achievments is not how many A's or B's he or she produce but how nmany lives seh or he changes and how many hearts she or she touches....
... Ciku Man (SMA Tok Jiring)...Bila murid duduk, cikgu berdiri; Bila murid diseligi cikgu pulak kena gari; Murid datang naik BMW 7 siri, cikgu datang naik motor buruk road tax pun dah mati... Murid pi belajar sampai Ph D, cikgu baru berkira-kira nak sambung degree... Namun begitu... di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga kita kekal abadi... selamat Hari Guru..
...Cikgu Zulkifli Jusoh (Kolej Teknologi Bestari...my ex teacher)...Terima kasih atas ingatan. Rahmat bagi guru apabila anak didik mengingati dan mnedoakan guru. Selamat Maju Jaya dan sentiasa di rahmati...
...YB Cg Zawawi (ADUN Kuala Berang)...Kalau hari ini seorang raja naik takhta, Presiden sebuah negara... Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa... Selamat Hari Guru...
Inilah sahaja beberapa nukilan kreatif kawan-kawan cikgu untuk tatapan dan renungan kita bersama yang mampu saya rakamkan dan banyak sekali yang sms kepada saya ...'Once you are a teacher, always a teacher.' Walau bagimanapun terima kasih kerana masih sudi berhubungan dengan saya...
Kata pepatah Arab 'Sesungguhnya hampir seorang guru itu dengan tugas para Rasul'...Fikir-fikirkanlah..
Tuesday, May 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Selamat Hari Guru, Dulu Panggil Cikgu Rosol, Sekarang Dato Rosol, ape yang penting orangnya tetap sama macam dulu...
Selamat Hari Guru juga kepada
Dato'. Walaupun tidak lagi menjadi seorang pendidik, namun tugas mendidik itu tidak pernah padam sampai bila-bila. Begitu juga sebagai pelajar, kita akan belajar sampai bila-bila. Mereka yang berhenti belajar adalah mereka yang dah masuk kubur sahaja.
Guru dahulu amat jauh berbeza dengan Guru sekarang begitu juga murid dahulu amat jauh berbeza dengan murid sekarang. Saya pernah dilempang Cikgu Man Bakar semasa tingkatan 4 dahulu, tetapi saya tak pernah berdendam dengan beliau. Saya pernah dibaling dengan duster oleh Cikgu Ridzuan Kadir dahulu, tetapi tak pernah berdendam pada mereka. Kerana lempangan dan balingan itulah menjadikan saya seorang Eksekutif di sebuah Institusi Kewangan. Terima kasih cikgu dan Selamat Hari Guru.
Guru sekarang tidak ramai yang seronok dengan tugas mereka. Bila guru seronok untuk mengajar murid, maka murid pun seronok untuk belajar.
Kelas tuisyen semakin berlambak, adakah guru-guru tidak terasa tercabar ataupun mereka gembira kerana sedikit sebanyak kegagalan mereka dibantu oleh guru-guru tuisyen.
Dato' dengar cite Tasik kenyir akan jadi Pulau Bebas Cukai. Baguslah kalau demikian kerana ianya akan mempositifkan sektor pelancongan di Tasik Kenyir. Saya percaya tentu di Pengkalan Gawi.
Saya cadangkan supaya Tasik kenyir menjadi lokasi pemancing kelas dunia. Untuk menrealisasikannya, Kerajaan Terengganu kena belanjalah sedikit duit untuk bayar consultant yang boleh merancang dan memberi nasihat untuk menjadi tasik kenyir sebagaimana saya katakan itu. Kalau tidak pun mintalah pendapat dan pandangan dari kaki-kaki pancing seluruh dunia pun boleh juga. Jimat belanja sikit.
Saya dah lama tak pergi ke Gawi. Biasanya kalau pegi untuk memancing tak sewa boat. Alangkah elok jika kerajaan negeri membuat jeti ( tempat berjalan kaki seluar 5 kaki kot ) di pesisir Tanah Besar untuk riadah dan juga memancing. Tak payah sewa boat pun masih boleh memancing dari atas jeti tersebut.
Salam YB.. Lama tidak bersembang dgn Dato. Moga sejahtera selalu. Sekali kita berguru, kubur kita juga dipanggil guru.
Selamat Hari Guru
Dato',
Dok payoh tulis blog la..kalau malas nak post bahan penulisan baru...doh sebulan lebih doh tak dok bahan baru....
lama tak taip cerita....datuk..
terengganukuonline.blogspot
org bukitdiman, ikut suke Dato'le bila dia nak tulis blog dia. Wakil rakyatkan sibuk, mana ada masa nak kemaskini blog. Bukan macam kite.
Post a Comment