Wednesday, April 7, 2010

Rumahtangga dan Anak-anak

Salam bloggers...salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Hari ini hari kedua sidang DUN Terengganu Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri yang Kedua Belas. Banyak isu rakyat di bangkitkan. Pihak Pembangkang mengajukan soalan yang memang diramalkan iaitu isu keruntuhan...Stadium Runtuh, Dewan Sekolah runtuh, UMT runtuh dan banyak lagi...Ada YB pembangkang menggelarkan Terengganu Darul Runtuh...Ada yang mengatakan ada penyelewengan dsb. Soalan tersebut dijawab oleh kerajaan dengan panjang lebar. Pun begitu saya yakin pembangkang masih tetap akan menggunakan isu ini dalam ceramah-ceramahnya. Dan sudah pasti akan ditambah di mana-mana untuk menyedapkan lagi cerita.

Wakil Bukit Payung membawa usul tergempar dalam dewan pada hari kedua. Isu Mat Rempit...Pada saya isu tersebut bukan isu besar di Negeri ini. Isu besar kita dan bangsa dan agama kita sekarang ialah isu Dadah dan Pil khayal. Oleh kerana isu tersebut memang tidak berapa mustahak maka dewan menolak usul tersebut. Pun begitu saya yakin isu ini akan dijaja di dalam ceramah mereka betapa UMNO dan BN tidak serius dalam menangani isu Mat Rempit. Tak apalah Memang kerja mereka begitu. Cuma yang penting ialah rakyat tidak mudah ditipu. Rakyat Terengganu sekarang sudah pandai memilih antara beruk dan kera dan antara batu dan permata.

Kerajaan secara istiqomah dan berterusan berusaha memartabatkan orang Melayu dan agama Islam. Kita tidak hanya bersyarah dan berceramah. Kita tunai apa yang kita janjikan kepada rakyat. Kita tidak pernah buat janji kosong. Cuma masa sahaja kadang-kadang lambat dan kadang-kadang cepat untuk dilaksanakan. Yang pasti, Kerajaan akan melaksanakan apa yang dikatakan. Kata mesti di kota. Kalau tidak kita akan dituduh munafikiin... Nauzubillah.

Pembangkang juga sering menuding jari menyalahkan kerajaan apabila terjadi sesuatu yang negatif. Gejala dadah kerajaan disalahkan, gejala rempit, kerajaan disalahkan, gejala sosial, kerajaan disalahkan, anak ditangkap dan di penjarakan juga kerajaan disalahkan...Amat malang nasib kerajaan yang memerintah. Anak tidak sah taraf juga kerajaan disalahkan...

Ada Ahli YB membangkitkan isu anak tidak sah taraf ini, dijawab oleh kerajaan bahawa ia adalah masalah bersama. Kes tersebut juga wujud di negeri yang ditadbir urus oleh Pembangkang. Kes ini tidak mengenal siapa yang menerajui sesebuah negeri kerana ia berpunca daripada rumah. Hadis Nabi ada menyatakan bahawa Ibu Bapalah yang menjadikan anak yang bersih itu Yahudi, Nasrani atau kristian...bukan kerajaan atau pihak lain.

'...Rumah tangga yang bahagia adalah sekolah yang paling berkesan kepada setiap anak-anak dan ibu bapa adalah guru yang terbaik untuk anak-anak ...'Mahatma Ghandi....Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

afiqsyahmir said...

Salam blogger,

YB Datuk,
Mat Rempit amat sinonim dengan golongan belia & remaja. Golongan dewasa dan pak haji tidak pulak digelar mat rempit. Belia & remaja hanya inginkan kepuasan dalam hidup... silap gaya jadi OKU seumur hidup (Kecacatan Kekal). Isu mat rempit berkait rapat dengan kecurian dan kehilangan motosikal. Tahukah Dato' kelab-kelab motor haram bersepah di Terengganu dan boleh dikatakan wujud di setiap daerah! Antaranya geng benetton, geng terengganu dll.

Menurut sumber, motosikal curi amat mudah diperolehi di Daerah Hulu Terengganu dengan kadar jualan mampu milik sekitar RM 300 - 500 bergantung usia & jenis motosikal. Kenapa motosikal dicuri? Ha... tentulah barang-barang yang original untuk jualan 'black market' dan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan mat rempit.

Isu dadah & pil khayal pula. Kini kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia menghalalkan penagih 'berlesen' dengan pembekalan syrup methadone 60ml secara percuma! Tahukah YB Datuk, kerajaan Malaysia membelanjakan RM juta (kontrak 2 tahun : 2008-2009)untuk bekalan syrup methadone. Niat kerajaan memang betul dan tepat dalam usaha mendidik berhenti menagih. Akan tetapi berapa peratuskah yang berjaya menerusi program ini?

YB Datuk,
Malaysia kini semakin ramai golongan pesakit psykiatri yang berasal dari golongan penagih. Lihatlah statistik AADK! Penagih dadah tegar bukan sahaja berisiko jadi gila, malah penyakit TB, HIV & AIDS. Inilah dinamakan sampah masyarakat. Lazimnya golongan penagih tegar tidak berkahwin dan hanya akan menyusahkan mak bapak bila dihinggapi penyakit sebegini. Masyarakat pandang serong & hina. Sanggupkah pemimpin MASYARAKAT PRIHATIN memandikan jenazah HIV & AIDS?

Isu anak tak sah taraf ini YB Datuk tidak boleh salahkan ibu bapa semata-mata. Ini kerana zaman kini anak-anak berpisah dengan ibubapa sejak umur 13 tahun lagi. Tingkatan 1 - 5 tinggal di asrama penuh. Selepas tamat tingkatan 5 terus lanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebenarnya anak2 itu sendiri sudah boleh berfikir secara waras dengan ilmu yang dimilikinya. Tetapi sayang hanya kerana teman lelaki, ikutkan nafsu maruah tergadai.

Kisah benar... Penuntut IPTA (ibubapanya ustaz & ustazah) termengandung angkara kenalan di laman chatting. Alhamdulillah gadis ini selamat melahirkan anak dengan sihat. Tak perlu kujelaskan secara detail kerana maruah & keaiban orang. Biar aku saja yang tau.............

Sekian....

Unknown said...

Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah