Salam bloggers... salam satu Malaysia dan salam sejahtera...terima kasih kepada rakan yang hantar komen dan pandangan. Terima kasih Jusohmatlazin, Tok Raja Ri dan Kenyir...Cuma saya tertarik dengan komen kenyir... saya harap beliau dapat hubungi saya tentang masalah tanah lot. Saya kurang pasti tanah lot yang mana satu. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk kebaikan semua. Itulah amanah yang diberikan kepada saya. Kepada orang Melayu, tanah adalah maruah. Ramai saudara dan adik beradik berkelahi kerana tanah. Terutamanya tanah pusaka. Ini sesuatu yang amat memalukan. Rata-rata bila ditanya kenapa hubungan keluarga renggang...jawapannya tak lain dan tidak bukan, kerana masalah perebutan harta dan pusaka. Nauzubillah...Harap-harap generasi muda Melayu khususnya Melayu Terengganu tidak akan lagi tergolong dalam kemelut ini InsyaAllah...
Jawatankuasa Tanah Daerah Hulu Terengganu bermesyuarat sebulan sekali untuk meluluskan permohonan tanah rakyat Hulu Terengganu. Kadang-kadang apabila permohonan terlalu banyak, mesyuarat diadakan 2 kali seminggu. Ada permohonan untuk tanah haram, untuk tapak rumah dan untuk pertanian. Alhamdulillah kami JK Tanah Daerah setakat ini meluluskan semua tanah yang memenuhi syarat permohonan. Dan di Ajil, kita menyediakan tanah dan rumah untuk PPRT. Setakat ini 10 buah telah siap dan diduduki dan 5 buah lagi dalam pembinaan. Tapaknya bersebelahan Kilang Latitude Tree kawasan industri Ajil. Rumah dan tanah diberi percuma. Betapa baiknya hati dan kerajaan BN diterajui UMNO... Alhamdulillah. Nampaknya mereka bersyukur kerana memiliki rumah tersebut. InsyaAllah kita akan tambah lagi pembinaannya dalam masa terdekat.
Berkenaan dengan permohonan rumah PPRT ini, saya mendapat banyak pertanyaan kenapa kerajaan mensyaratkan mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas sahaja yang boleh memohon. Ini adalah syarat baru. Jawapannya ialah mereka yang kurang 40 tahun dianggap masih muda dan mampu untuk berdikari. Di samping itu kita juga ingin mendidik agar jangan terlalu bergantung kepada kerajaan dalam usia yang masih gagah dan tubuh segor-megor...Lainlah kalau OKU. Begitu juga kita akan rasa malu ke diri sebab masih muda duduk di rumah subsidi. Saya teringat kata-kata seorang sahabat 'bahawa orang Acheh tidak ada yang menjadi peminta sedekah, sebab mereka merasa terhina dan tidak bermaruah dengan pekerjaan tersebut' Sejauhmana benar cerita sahabat saya itu...Wallahu Alam...
Tentang tanah dan rumah juga saya ingin war warkan bahawa pejabat tanah akan mengadakan temuduga kepada mereka yang layak untuk memiliki rumah PPSK Menerong yang masih kosong 35 buah lagi. JK menggariskan antara syaratnya ialah keutamaan diberi kepada penduduk sekitar Menerong, Gunung, Betong dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kenapa? Jawapannya kerana tanah asal penempatan tersebut di terokai oleh nenek moyang daripada kampung-kampung tersebut. Maka adalah wajar keutamaan diberi kepada anak cucu mereka. Tapi JK telah dapat merasakan betapa 'rohok' untuk membuat pemilihan nanti. Cuma saya minta kerjasama Felcra Wilayah Terengganu agar mengambil tindakan kepada mereka yang telah dapat rumah tersebut pada fasa pertama dulu tetapi masih tidak tinggal di situ. Ini tidak sepatutnya terjadi.
'... Manusia yang baik ialah manusia yang banyak manfaatnya kepada manusia lain'...Maksud hadis...Fikir-fikirkanlah
Thursday, March 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
AKAN BERDOA SETIAP KALI SOLAT ROSOL BUKAN LAGI WAKIL RAKYAT UNTUK PRU 13.ALLAHUAKBAR....
Salam..., Salam 1 Malaysia, Salam perkenalan kepada bloger yang lain...
Saya stuju sangat pandangan Dato', Harap generasi sekarang dan akan datang tidak memalukan Bangsanya sendiri. Bangsa Melayu yang kian lama terhakis Melayunya...
Dato' bercakap pasal kemudahan sukan, reakreasi, riadah @ ape2 jela di kawasan Kampung. Status terkini teruk dan tidak terurus dengan baik. Tengok sendiri di Kg Gaung, Padang Bola Sepak begitu daif sekali. Saya pasti kampung2 lain mengalami nasib yang sama. Kita semua maklum kemudahan yang ada ini adalah untuk kegunaan Belia,remaja2 dan semua orang untuk berkumpul, bermain bola pada waktu petang. Tetapi sekiranya kemudahan ini "tenat" Guane kami semua golongan muda dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah!.
Jika dibanding dengan zaman dulu kala, kemudahan terurus dengan baik, walaupun tidak mencukupi. Jika dulu Sepak Takraw menjadi perhatian, sekarang? langsung tidak wujud. Jika dulu ada Bola Tampar, Sekarang?
Bukan ke semua ini patut kita utamakan, Patut diberi perhatian, kerana Generasi Muda Mudi ini perlu dijaga kebajikanye kerana merekalah pewaris UNDI UTK BN?
Saya yang tinggal luar Negeri Tranung Kita, balik setiap bulan berminat untuk bersukan bersama kawan2 kerana di Tempat lain perlbagai kemudahan tersedia dengan banyak dan baik!
Walau ape-ape pun, Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Panas Di Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri laaaa...
Alangkah Baiknya jika kemudahan ini diurus dan terjaga rapi..
Saya sekadar berkongsi pandangan dengan Dato', dan semua rakan blogers, saya tau Dato' bukan Wakil Rakyat kawasan saya, Kita berkongsi pandangan diluar bidang kuasa Dato',tetapi mungkin sedikit sebanyak boleh membantu dan digunakan di tempat2 lain, dan kawan2 blogers...
Kerana....
'... Manusia yang baik ialah manusia yang banyak manfaatnya kepada manusia lain'...
Pinjam Kata-kata Dato'
Semoga berjumpa lagi...
Post a Comment