Salam bloggers..salam satu Malaysia...Terima kasih kepada kawan-kawan dan peminat blog saya ini. Pengunjungnya semakin meningkat Alhamdulillah walaupun saya kurang berkesempatan untuk mengemaskini dengan kerap. Terima kasih Afiq, kenyir, putrarahman dan anti rosol.. Saya dapat merasakan bahawa saudara saudara walaupun memberi pandangan negatif dan prejudis tetapi saya tetap menerimanya dengan syukur. Kerana saya tahu bahawa saya tidak maksum.
Apa yang saya tulis di sini berkenaan apa-apa tajuk pun adalah pandangan peribadi saya setelah saya mendengar dan berbincang dan berbual bersama rakan-rakan. Jadi hasil daripada perbincangan sama ada secara langsung atau tidak langsung itu saya analisis dan saya buat rumusan sendiri. Saya sebagai pemimpin kecil di Hulu Terengganu ini...setakat ini telah melaksanakan beberapa agenda untuk rakyat. Secara umumnya saya merasakan agak puas walaupun masih banyak yang belum selesai.
Berkenaan dengan peneyelesain tanah yang tertunda hampir 30 hingga 40 tahun Alhamdulillah telah selesai. Tanah Kelompok di Jak, di Bukit Apit dan di Sungai Binjai telah selesai. Tanah kubur baru di Jak dan Sungai Mali juga selesai. Kesian penduduk Sungai Mali yang terpaksa menumpang kebumi di kampung Bukit Perpat dan Wakaf Tapai. Perlu dimaklumkan bahawa ini bukan usaha saya secara solo. Saya dibantu oleh kawan-kawan di Pejabat DUN dan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah di samping JKKK. Mereka banyak membantu. Tiada apa yang mampu saya ucapkan kepada mereka selain ucapan setinggi-tinggi terima kasih. Budi kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya Insya Allah.
Sedikit masa lagi bandar Ajil akan tersergam. Ditambah pula dengan siapnya jalan dua hala Kuala Terengganu- Kuala Berang. Dan 'interchange' LPT 2 juga akan terbina di Ajil... Nampaknya bertuah sungguh orang dan masyarakat Ajil. Ini semua anugerah Allah swt. Cuma berapa ramaikah antara kita yang mampu bersyukur. Kedai belum lagi dibina tetapi telah ramai mereka yang berminat untuk memilikinya. Saya serah kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.
Saya juga merasa bersyukur dengan kerjasama rakyat Ajil maka tiada masalah besar yang timbul. Pada saya pemimpin-pemimpin kampung dan cawangan di DUN Ajil cukup hebat dan berwibawa. Alhamdulillah hari ini saya boleh berbangga tiada lagi rumah orang Ajil yang beratap daun dan bertiang bulat. Membasmi kemiskinan adalah agenda peribadi saya kerana saya berasal dari keluarga miskin. Saya tahu dan mengerti apa itu miskin... kerana saya mengalami dan melaluinya.
Lantaran itu saya yakin dengan Firman Allah bahawa Allah akan mengangkat beberapa darjat orang-orang yang berilmu dan beriman. Dengan pendidikan dan ilmu kita dapat mengangkat martabat kita dan bangsa kita. Dengan bantuan kerajaan melalui JPA, saya mampu ke peringkat tertinggi walaupun sekadar Sastera dan Sains Sosial. Kerana saya yakin tanpa bantuan kerajaan ayah dan keluarga saya tak mampu untuk menghantar saya ke sana. Alhamdulillah... syukur saya kepada Allah dan terima kasih saya kepada ibu ayah dan kerajaan BN.
Hari ini saya bangga kerana ramai anak Melayu yang mendapat 'straight A's'.. Tahniah anak-anak sekelian...Kejayaan anda adalah kejayaan Umat Melayu Islam. Pesan saya agar jangan lupa daratan dan banyak-banyaklah bersyukur dan laksanakan sujud syukur. Perjalanan anak-anak baru saja bermula dan ia masih terlalu jauh untuk sampai...SELAMAT MAJU JAYA...
...'Bukan senang untuk senang...' Fikir-fikirkanlah
Saturday, March 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Dato, akhirnya buleh juga sy komen kat blog dato.
Bukan semua orang tau bersyukur dengan nikmat yang diberi, kemudahan dan kesenangan yg ada sekarang.
Dato ape khabar sekarang?
Salam satu Malaysia..
Alhamdulillah, semua kita tidak maksum... tetapi komen negatif yang diberi sebenarnya bukanlah negatif secara menyeluruh.. Ianya tercetus hasil dari tindakan serta implikasi dari apa yang berlaku sekarang.
Baru-baru ini Dato' ke Kg. Pengkalan Ajal.. Amat gembira sekali kelihatan penduduk kampung dapat bersama dengan Dato'. Banyak ker hasil santapan ikan sungai pada hari itu Dato'?
JKKK di Dun Ajil serta sekitarnya memang terkenal dengan semangat partinya.. sanggup buat apa sahaja demi parti tercinta. Malangnya, ada segelintir yang memerap kesusahan para penduduk Kg di kawasan mereka... Mau saya teruskan? Dato' fikir2kanlah sendiri tagisan serta rintihan rakyat yang terpinggir ini.
Kejayaan tercipta dengan usaha serta bantuan yang menyokong. Oleh yang demikian Dato' hanyalah sebagai penyampai hasrat rakyat.Cuba tengok penama pada tanah kelompok yang diselesaikan itu,kata orang terengganu ada tidak tersepak anak beranak JKKK? Saya cabar Dato' menyemaknya!
Jangan pandang rendah dengan saya yang tiada pangkat dan harta.. saya bukannya prejudis, tetapi hanya menyampaikan hasrat golongan tiris...
Post a Comment