Sunday, February 28, 2010

Jauhari dan Maknikam..

Salam bloggers...salam maal hijrah...Sekali lagi kita sambut ulangtahun peringatan hijrah Rasul saw...insan rabbani yang terulung dan terunggul... Salawat dan salam keatas baginda serta keluarga...Saya sentiasa mendoakan agar diri saya, keluarga dan rakan-rakan bloggers semua tidak terpesong daripada akidah bawaan Rasulullah pemimpin sepanjang zaman... InsyaAllah...

Terima kasih kepada Putrarahman, Matgok dan rakan-rakan yang lain yang masih setia dengan blog saya. Saya percaya ramai dikalangan rakan cikgu yang surf blog ini. Dan tidak kurang rakan-rakan lain yang mengenali saya juga minat blog ini. Ramai rakan-rakan yang bertanya kenapa saya lambat update blog ini... Maaf banyak-banyak kerana pertama tiada idea yang mahu di'share' dan kedua kerana kekangan masa.

Pertanyaan Putrarahman tentang e book...sebenarnya saya tidak menentang,jauh sekali membangkang... tetapi secara personal saya rasakan duit puluhan juta tersebut adalah lebih baik jika digunakan untuk upgrade makmal komputer yang sedia ada di sekolah. Atau mewujudkan makmal komputer baru bagi mana-mana sekolah yang masih belum ada makmal tersebut. Alasannya ialah;
a)Komputer didalam makmal mampu digunakan oleh lebih ramai pelajar.
b)Pihak sekolah senang untuk memantau penggunaannya. Penyalahgunaan mampu diminimakan
c)Proses maintenance lebih mudah. Dimaklumkan telah banyak yang rosak.
d)Masalah sumber elektrik dalam kelas tidak akan timbul kerana penggunaan komputer hanya di dalam makmal sahaja. Sekarang guru-guru merungut e book yang tidak bercas dirumah menimbulkan masalah ketika proses P n P.
e)Isi kandungan e book ialah buku teks..yang mana ia telah disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia. Ini bermakna kerja bertindih.
f)Sampai bilakah kerajaan akan menyediakan e book ini dengan belanja yang begitu besar.
g)Apakah e book ini diberi pinjam atau diberi milik?

Saya mengakui bahawa e book adalah satu idea dan tindakan yang bagus dan terkini. Cuma beberapa rakan guru berpendapat adalah lebih baik sekiranya pihak kerajaan memilih beberapa buah sekolah sebagai pilot projek untuk mengkaji keberkesanannya sebelum dilaksanakan di seluruh negeri...Wallahualam...

'Hanya Jauhari sahaja yang mengenal maknikam'....Atau pepatah satu Malaysia...Hanya Johari sahaja yang mengenali Maniam...Fikir-fikirkanlah...

7 comments:

Unknown said...

Salam,

Setuju juga dengan pilihan YB kawasan saya ni. Kalau dilihat isu ebook lebih kurang sama sahaja dengan isu pemberian wang ehsan, di mana hanya segelintir sahaja yg dapat menikmati pemberian tersebut.

Betul ianya diberikan kepada golongan tertentu yang memerlukan, tetapi berkemungkinan golongan "tertentu" yang memerlukan wang tersebut juga mendapatnya.

Dalam hal begini mahu tidak mahu ketirisan menjadi virus yang menyebabkan gagal dan berjayanya sesuatu usaha.

Jgn kerana ingin menghabiskan wang rakyat, menggunakan dengan cara yg kurang tepat begini walaupun hasilnya nampak pulang kepada rakyat, tetapi tirisnya lebih byk.

sribuat said...

setuju dengan pendapat dato'. lebih baik diupgrade kemudahan ict di sekolah, perluaskannya.
dalam usaha menarik sokongan rakyat, dalam usaha memertabatkan sistem pendidikan di trg, sesuatu yang dibuat perlu difikirkan dengan teliti. jangan jadi macam PPSMI.

Law (LLB) Center said...

assalamualaikum..

e-book pada pendapat saya bukan pembaziran. selain daripada kemudahan terkini untuk anak terengganu menimba ilmu ianya dapat dijadikan satu hadiah daripada kerajaan negeri kepada RAKYAT negeri ini secara langsung. sekurang-kurangnya wang rakyat negeri dapat ke RAKYAT secara direct. ini berbeza dengan pembinaan Taman Tamadun Islam .. Siapa dapat keuntungan kalau bukan petrick bedawi?

afiqsyahmir said...

Salam,

E-book amat berfaedah jika digunakan dengan betul. Yang menjadi masalahnya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Apakah kita kekeringan isu membangkitkan penggunaan e-book di kalangan pelajar sekolah?

Sebenarnya, banyak lagi isu yang 'dewasa' patut di ketengahkan.

Sebagai contoh dasar kerajaan untuk melaksanakan GST?

Adakah orang2 di menerung, kg pueh, bukit diman, kg tapu, kg jak, dan orang asli di Hulu Terengganu dah tahu apa itu GST?
Pok Mat/Pok Leh, minoh & esoh tau dok apa tu GST? Rakyat nok tau apa pekdahnya GST?

Inilah peranan YB untuk jelaskan kepada rakyat dan bukannya mengikut komen-komen blogger.

p/s : Kalau2 YB kurang arif pasal GST tu, searchla info dan jangan komen sebarangan.

Cik Deng said...

Taman tamaddun dah dibuat dah...nak cerita apa lagi?..dan ianya merupakan satu mercu tanda negeri teganu kiter yang pada pandangan saya benda yang berbeza dengan negeri2 lain yang mempunyai taman tema masing2 ( sunway lagoon, taman tema lego (legoland) dsb . Apa dah jadi dgn program-program hebat e-farm spt D3D, Jasper (programming) dan sebagainya yang pada hemat saya amat berfaedah utk belia dn graduan menganggur. Nampaknya sudah terkubur sebahagian dari program2 ini. Pada pandangan saya lagilah..janganlah dimatikan terus program2 ini dan pilihlah anak teganu yang betul2 berbakat dan minat dalam bidang2 tersebut walaupun peruntukan untuk program ict dah beralih ke e-book. Benchmark kepada berjaya atau tidaknya program e-book adalah berdasarkan kepada keputusan upsr akan datang dimana budak yg dapat e-book pada tahun lepas akan menghadapi peperiksaan pd tahun ini. Sama-samalah kita lihat hasilnya.

Unknown said...

Salam satu malaysia...
Tahniah Dato' kerana pandangan anda ada benarnya, tetapi Dato' seharusnya memperhalusi lagi pro dan kontranya sesuatu kenyataan serta tindakan yang sedang dan bakal dilakukan.
Sekiranya hendak diteliti pembaziran, tidak perlu kita kaitkan dengan E book ini, usah pergi jauh. Lihat sahaja bandar Kuala Berang dan Ajil..
Lihatlah lampunya, jalannya, kemudahannya, penduduknya.. Emm.. Malas berbicara kerana terlalu banyak kudis dan sopak yang ditinggalkan oleh pentadbiran yang lalu.. Fikir-fikirkanlah..
Tentang pendapat Info serta Sri, kita kena lihat ianya dari sudut mata rakyat..
Pemberian wang ehsan, salah JKK setiap kampung yang dilantik sebelum ini kerana utamakan sanak saudara daripada golongan yang selayaknya..Sedih, tetapi tetap kena telan apa yang telah berlaku kerana ianya sudah berlaku....
Memang benar kemudahan ICT seperti makmal komputer telah ada dan berupaya mendedahkan kita dengan teknologi.. Tetapi cubalah kita fikirkan buku yang dibawa pulang dan sentiasa dibaca samalah juga dengan E book yang dibawa pulang serta digunakan.
Tidakkah menjadi kebanggaan dimana murid Terengganu sekarang telah secara puratanya dapat mengenali Microsoft words,powerpoint dan sebagainya..
Dato', dekatilah rakyat kerana adakalanya kita sering rasa dekat dengan rakyat.. malangnya susah dan jerit rintih rakyat di Dun sendiri berpanjangan dek kerana kelemahan orang yang sentiasa mengipas kita dikiri dan kanan..
Kita sering hanya melihat kekuatan walhal kelemahan kita dari sehari ke sehari terserlah dek kerana kedangkalan fikiran yang berkecamukan dengan perebutan kuasa..
Carilah titik pertemuan yang boleh menyatukan serta menggemilangkan kembali perjuangan yang belum selesai ini...

KESIDANG said...

salam dato'

rakyat merindui dato' dan berharap dato' dapat bersama dengan anak-anak buah macam dulu2.
Dato' masih dihati ahli UMNO Hulu Terengganu.