Salam bloggers...terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang setia dengan blog ini. Maaf kepada Faizal Zakaria yang mengatakan bahawa orang Felda Mengkawang yang kerja 'cokeh buah' bukannya orang Lubuk Periuk dan Peneh...Saya katakan demikian kerana nak kaitkan panjang umur dan cergas dengan penggunaan air bukit. Maaf sekali lagi. Ada rakan bertanyakan bagaimana nak kuatkan UMNO dan Barisan Nasional. Kenapa soalan ini muncul? Mungkin kerana keadaan semua partti di negara kita hari ini agak 'bolloq' barangkali. Dengan fenomena terbaru dalam PAS dan ADIL, kelihatan UMNO lebih teguh dan mantap. Ini sekadear andaian saya. PAS dengan isu pertembungan puak Mursyidul Am dan Presiden...ADIL dengan isu perletakan jawatan ADUN dan problem di Sabah... MCA dengan EGM...begitu juga dengan MIC dan Parti Baru kaum India...Nampaknya tahun 2009 tidak menjanjikan yanng terbaik untuk parti politik Malaysia...Saya mendoakan agar kedatangan tahun baru nanti suasana akan bertambah baik dan cemerlang terutama kepada parti keramat UMNO... InsyaAllah.
Solan yang diutarkan masihbelum terjawab... Disini saya ingin 'convey' mesej Presiden parti dalam usaha memperkasakan parti. Saya tidak tahu sama ada orang Melayu UMNO dan rakyat Malaysia tersedar atau tidak apa yang digariskan oleh DS Najib dalam persidangan agung yang lalu. Presiden menggariskan beberapa pra syarat untuk memperkasakan UMNO...iaitu;
1. BERSIH....saya tafsirkan bahawa pemimpin dan orang UMNO jangan korup... Kerana amat malang bagi kita apabila rakyat mengkaitkan UMNO dan korup...Ini memalukan. Sehinggakan mereka yang bersihpun turut terpalit.
2. IKHLAS...saya tafsirkan jangan jadikan politik sebagai wahana untuk cari makan dan untuk kekayaan segera dan jauh sekali daripada politik wang untuk mendapat jawatan.
3. TERBUKA...sedia dan sudi memberi ruang dan peluang kepada mereka yang lebih baik dan berkaliber demi parti. Bukan mengangkat mereka yang sanggup menjadi pak turut dan menjadikan jawatan parti sebagai pusaka. Jika ini berlaku akibatnya parti kita akan mengecil dan ' kecut- berut' kata orang Terengganu
4. TAWADDUK...bukan sombong atau orang Terengganu kata 'Gong' dan orang putih kata arrogance...yang lebih malang jika ada di kalangan kita yang bodoh lagi sombong...'bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diikut...'
Sejauhmana kita termasuk saya mampu mengimplementasikan pra syarat tersebut...jawabnya...Tepuk dada tanya selera.
Saya paparkan ini semua bukan untuk mengajar jauh sekali untuk berlagak pandai tetapi demi survival UMNO. Dan yang lebih penting ia juga sebagai peringatan untuk diri saya yang serba kekurangan ini. Sebab itu saya sentiasa terbuka dalam segala hal. Alhamdulillah saya senang dengan sikap ini.
...'Berilah peringatan..sesungguhnya memberi peringatan itu memberi mafaat kepada orang mukminin'...Maksud ayat....Fikir-fikirkanlah
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Yer bersetuju dengan Dato.. UMNO perlu diperkasakan supaya poket kroni-kroni lebih tebal dan kontrak dapat diagihkan kepada kepala kontraktor (awok kita)... Mata masih memerhati dan memandang gaya, sikap serta pandangan para YB semua..
Sedikit terkilan, Program rumah terbuka hari raya pun masih nak test market ker Dato2 buangan? Isskk.. bijak sungguh la politik di Hulu Terengganu ini. Usah dilihat pada DAP,PAS,MIC,PKR dan sebagainya... Pergi depan cermin lihat pada tubuh, terpalit juga kesan-kesan ludahan anda ke langit itu pada tubuh anda.
Dicanagkan seolah-olah terbuka, tetapi masih ada dalam diri sikap yang tidak seberapa.. Rasanya Dato tidak seperti ini diwaktu awal pembabitan dalam politik kerana saya salah seorang anak didik Dato. Dato sentiasa bercakap tentang kemajuan Hulu serta membela nasib yang tidak mampu. Alhamdulillah, membela nasib yang kurang mampu masih ada, tetapi pembangunan itu telah disertai dengan kronisma...sedih2...
salam,saya nok cabor kenyir,cerita gok details skit kroni2 ni kenyir..jangan main tembok2 je...tempat komen blog bukan tempat lepas perasan mu je.kena ada tanggungjawab la ,kata nok terbuka sangat,dok kira la mu anok didik sapa pun,sapa peduli...
Ubat Kuat UMNO = Keyakinan..
p/s: Dalam Harakah banyak iklan ubat kuat :-)
Masa Depan Negara - Generasi Muda Jangan Tersilap Percaturan!!
>>>Klik Di Sini<<<
dato' rosol, saya berpendapat dato' la antara pemimpin umno terengganu yang busuk hati, buta perut dan gila kuasa. Sanggup menjatuhkan orang lain, fitnah orang lain, peteh orang lain..memang Allah tu Maha Besar, awal-awal lepas dato' buat jahat kat orang, dato' dah dapat pembalasan. Kalau derih pegi parlimen, dato' ingat dato' la nak jadi MB kan? peteh dan cantas orang lain yang langsung tak berdosa...takpa la kalah satu kerusi pun, letak calon cap ayam...tapi yang penting dato' jadi MB kan? pembalasan yang Allah beri tu tak mengira masa la...walaupun dato' ni belajar agama, tapi kenapa tak praktik? kenapa jahat sangat kat orang? sama la dato' ngan derih ke, ngan mat said ke...seri belaka.
Post a Comment