Thursday, October 29, 2009

Niat Sahaja Yang Mesti Baik?

Salam bloggers...budget 2010 baru sahaja dibentangkan. Macam biasa ada yang suka dan tidak kurang yang rasa selesa. Walau bagaimanapun terimalah apa yang ada...Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada manusia. Bagi yang merokok...mereka mengucap terima kasih kerana harga rokok tidak dinaikkan...kerana ada yang meramalkan ia akan dinaikkan sebagimana biasa. Bagi kaki tangan kerajaan mereka mengharapkan bonus...kerana kebiasaannya bonus diumumkan setiap kali budget dibentangkan. Kita mendoakan agar budget ini akan memberi kebahagiaan kepada kebanyakan rakyat. Saya tahu kerajaan tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua rakyat dalam satu masa. Saya yakin PM mempunyai niat yang baik untuk Satu Malaysia...Tahniah kepada PM yang juga Menteri Kewangan kita. Kita juga mendoakan agar budget ini akan mampu memulihkan UMNO dan BN...kerana nampaknya kita telah semakin pulih...

Ada rakan saya mengatakan bahawa UMNO dan kerajaan telah semakin baik dengan alasan kemenangan di Bagan Pinang...Tahniah TS Mat Isa...Alasan kedua ialah keadaan parti pembangkang yang nampaknya semakin hangat bergolak...Jadi dalam keadaan ini nampaknya UMNO lebih baik dan stabil...Saya secara spontan terpacul soalan betul ke begitu...Bolehkah Bagan Pinang dijadikan ukuran pemulihan? Betul ke MCA telah pulih? Sebagai parti yang hebat dan terulung...kita tidak boleh jadikan kelemahan parti lain sebagai ukuran kekuatan parti kita. Kita mesti mempunyai 'benchmarking' kita tersendiri. Ini sekadar pandangan...Wallahu 'Alam...

PKR nampaknya semakin celaru...orang Terengganu kata semakin 'bollok'...Jeffrey Kitingan keluar parti...Badrul Hisham Abdullah ADUN Pelabuhan Kelang keluar parti. Saya difahamkan ramai lagi yang akan berbuat demikian. Tunggu lah nanti... Dan yang pasti akan ada suara sumbang nanti menuduh bahawa mereka dibeli, dibayar atau ada janji-janji tertentu...Saya amat yakin... Pas juga nampaknya menuju ke arah yang sama... Ini pada saya mungkin tujuan dan asas perjuangan yang tidak jelas...Tujuannya ialah untuk menewaskan UMNO dan BN...

...'Setiap amalan mestilah dengan niat'...maksud hadis....Lantaran itu..niat baik mesti diselaraskan dengan percakapan dan tindakan... Fikir-fikirkanlah

2 comments:

warisan melayu said...

salam dato...

setuju dengan pandangan dato.

harap rakyat dapat didahulukan, pencapaian diutamakan akan menjadi satu pendekatan yg murni dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

sy sentiasa berdoa dan berharap agar UMNO akan pulih seperti sediakala, kerana ini lah parti keramat yg sy sayangi.

Unknown said...

salam dato'
dato' adalah sorang komentar yang hebat...
wawasan PM RDDPDU begitu dipratikan oleh beliau. Banyak hal yang dilakukan adalah untuk rakyat. Syabas PM.
Harap UMNO Trg pun akan kearah wawasan suci PM ini. Dapat dato' usahakan agar UMNO Trg akan terus disanjung dengan pendekatan RDDPDU.
Tiada yang mustahil jika dari jiwa yang ikhlas.