Tuesday, December 15, 2009

Kura-Kura Pun Cuba Panjat Naik...

Salam bloggers...saya tahu ramai rakan-rakan kurang berpuashati kerana telah agak lama saya tidak update blog ini. Maaf banyak-banyak... Sekarang ada sedikit kelapangan. Maka dengan izin Allah saya dapat memberi pendapat dan berkongsi pandangan dalam beberapa perkara. Walaupun ada pendapat saya tidak tepat dan tidak dapat diterima oleh semua orang tetapi sekurang-kurangnya memberi ruang untuk kita berfikir sejenak. Berfikir tentang agama, bangsa dan tanah air tercinta. Ini dituntut dalam agama kita yang maha suci.

Maaf kepada Saudara Ahmad yang saya siarkan komen beliau terhadap saya. Mungkin beliau merasakan bahawa saya yang mengatur semua yang terjadi sehingga calon yang diminatinya dalam pilihanraya yang lalu tidak tersenarai. Kesannya saya mendapat kifarah dari Allah...Kalu benar begitu Alhamdululillah...dan saya berdoa agar kifarah ini tidak dibalas di akhirat kerana telah langsai di dunia... InsyaAllah...kerana kifarah Akhirat lebih hebat dan lebih dahsyat...tak mampu saya tanggung. Cuma saya mendoakan kepada Allah agar tuduhan yang diutarakan oleh Sdr Ahmad kepada saya adalah tuduhan yang pertama dan terakhir dan tiada lagi selepas ini insan yang akan dituduh sedemikian oleh beliau...InsyaAllah...

Kelmarin saya ditanya oleh seorang wartawan...tentang isu yang dibangkit oleh seorang Ahli Parlimen bukan Melayu daripada Perak. Saya lupa namanya...Isu tentang rasa tidak puashati tentang budget membina masjid yang jauh lebih besar berbanding dengan budget bina rumah ibadat bukan Islam. Saya agak sukar untuk menjawab soalan ini. Saya bimbang dituduh rasis atau menimbulkan ketegangan kaum. Begitulah kita orang Melayu...bila bercakap pasal bangsa kita...kita dituduh perkauman dan rasis. Kita terlalu pemaaf...'very forgiving' kata orang putih. Apa tidaknya...kita mencabut keris...dan kita memohon maaf pula...Wallahu Alam...

Antara lain jawaban saya terhadap isu ini ialah...semua ini terjadi kerana MELAYU LEMAH...terutamanya dalam politik. Kerana kelemahan kita maka ramai yang akan dan telah mengambil kesempatan...Mereka mempersoalkan tentang rumah ibadat kita. Mereka bertanya tentang keistimewaan kita dan tidak mustahil sedikit masa lagi mereka akan mempersoalkan tentang raja-raja kita. Semua ini terjadi kerana mereka buat-buat tak faham tentang SATU MALAYSIA. Semua isu yang saya sebut ini tidak pernah disebut dan dibahaskan sebelum ini iaitu semasa orang dan Parti Melayu kuat. Betul lah kata orang tua-tua...'Pabila pokok condong, bukan sahaja anak-anak mampu memanjatnya malah kura-kura juga cuba untuk merangkak naik...'

Persoalan lain ialah apakah kita lemah ini kerana kita kurang kuantiti? Jawabnya Tidak...dari segi kuantiti kita majoriti tetapi kita berpecah...ada dalam UMNO, ada dalam PAS dan ada dalam ADIL dan ada juga Melayu dalam DAP...Hanya satu penyelesaian di dalam kemelut ini...Jawabnya ialah BERSATU DAN BERPADU... demi agama, bangsa dan tanah air. Saya yakin apa yang disuarakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sekadar nak 'test' tentang kekuatan dan kecerdikan orang Melayu di Malaysia....Fikir-fikirkanlah...

5 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Sekarang siput babi dah nak panjat naik pokok tu..tapi melayu masih berkelahi...


pkrpasdap.blogspot.com

MaMiN said...

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana siarkan komen saya. Dato', tuduhan bukan sebarang tuduhan Dato'. Tapi kerana politik, kerana gilakan kuasa dan pangkat, menyebabkan ramai pemimpin UMNO Trg termasuk Dato' hanyut. Dato' mungkin kata Dato' tak ambil rasuah, saya tak kata begitu. Apa yang saya cuba utarakan adalah perasaan jahat, dengki, busuk hati kepada orang lain yang menjadi saingan. Itu lah perasaan busuk hati, dengki perasaan yang sangat buruk yang ada masa manusia termasuklah kebanyakan pemimpin UMNO Trg. Ya, saya memang tidak berpuas hati kerana calon yang baik2 dan berpotensi semuanya telah dicantas terlebih dahulu oleh Derih BODO, Dato' dan rakan2. Dan saya yakin kebanyakan orang yang berfikir secara rasional dan jujur sependapat dengan saya. Saya tidak marah kepada orang-orang kampung yang tidak nampak perkara ini kerana saya faham mereka kebanyakannya terlalu percayakan kebanyakan pemimpin UMNO TRg yang hanya nampak baik di permukaaan, tapi isinya..? Sifat jahat, dengki, fitnah akan dibalas Dato'. Saya cuma harapkan agar Dato', Derih, mat said dan kebanyakan lagi pemimpin UMNO Trg yang hanyut dengan kuasa, politik, wang dan sewaktu dengannya dapat insaf merenung kembali antara penyebab orang kebanyakan lari daripada UMNO adalah sebab tuan2 sekalian. Memanglah Dato' tulis bunyinya macam baik, nampak murninya hasrat, sucinya jiwa... tapi saya berdoa semoga ALLAH menyelamatkan Trg daripada pemimpin2 jahat samada yang berkuasa atau tidak berkuasa di Trg.

Unknown said...

Salam bloggers..
alhamdulillah.. ada kesempatan lagi bagi saya menulis diblog ini..
Kepada Hamdillah, walaupun kita mengutarakan sesuatu biarlah tuan empunya diri muhasabbah diri mengenai kekurangan diri yang selalunya lupa dan sentiasa tidak terlepas dari kesilapan.
Bukan tidak ingin memberikan bukti kronisma yang berlaku, tetapi setiap mata yang memandang sentiasa akan menilai setiap perlakuan serta perbuatan. Hendaknya para YB sekalian.
Tidaklah perlu bagi saya mendedahkan nama-nama kontraktor yang DIBELA ini. Kita orang Hulu, tetapi pemikiran kita sudah terdidik dan terbentuk dengan corak pemikiran baru hasil janaan Dr.M....
Walaupun saya tidak nyatakan, sudah pasti Dato sudah dapat terbayang apa yang ingin saya sampaikan, ini semua agar Dato dapat bangun semula bersih dari kotoran serta calar kerana bergelumang dengan rakan-rakan yang talam dua muka dan pengipas bagi mengisikan poket sendiri...
Ingatlah walaupun sekarang kita berbeza pendapat tetapi diakhir jalan yang berliku ini kita akan bertemu disatu titik pertemuan yang akan memperkasakan parti keramat bangsa MELAYU ini...

jun liteonassy said...

dato' memang pandai bercakap pasal perpaduan bangsa tp tndakan dato' sy rsakan hanya cakap kosong sje...tahukah dato',dengan kapasiti dato' sebagai seorang pemimpin lebih-lebih lagi dalam parti kerajaan..dato' mempunyai peluang untuk berbuat demikian..tidak lama dulu,kite prnah dengar presiden PAS,datuk seri haji hadi awang m'usulkan kewujudan perpaduan..kenape tidak menyokong???? Dengan suasana politik sekarang yg telah jauh berubah,sy rasakan sekarang bukan masa bangsa melayu berbalah ssama sendiri ttp lebih kepada memartabatkan bangsa kiter. kiter dapat lihat bagaimana kaum lain bijak memanipulasi suasana politik skarang bagi kepentingan kaum masing2..

mangga said...

siapakah sebenarnya kura kura yg dimaksudkan oleh YB itu