Monday, October 5, 2009

Telah Tuakah UMNO

Salam bloggers...Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin...walaupun agak terlewat...Pilihanraya kecil lagi!...Apalah malang nasib negara kita ni. Kali ni dah lapan kali pilihanraya kecil...Inilah rungutan kebanyakan kita...Apakah malang atau bernasib baik dengan banyaknya pilihanraya kecil ini hanya kita sahaja yang mampu menilainya. Yang pasti yang bernasib baik ialah penduduk dan rakyat di sekitar kawasan yang terlibat. Projek segera mencurah-curah. Projek yang tidak diminta pun datang dengan tiba-tiba. Pembangkang kata inilah umpan pilihanraya. Inilah yang lazim terjadi di negara kita. Apakah pendekatan ini masih berkesan dan relevan sekarang? Jawapannya tidak pasti...kerana rekod pilihanraya yang lepas tidak menyebelahi kita. Kenapa?...kerana pengundi hari ini lebih pintar dan terpelajar dan pelajaran itu disumbangkan oleh UMNO dan Barisan Nasional sejak merdeka.

Saya terbaca satu artikel berkaitan Allahyarham Dato' Rahim Bakar, bekas MB Pahang. Antara lain isi artikel tersebut ialah kata-kata Tun Musa Hitam bahawa UMNO sekarang sedang menghadapi masalah penyakit tua... dan ubat yang paling berkesan untuk penyakit ini ialah kematian. Saya terpegun dengan pendapat itu. Kerana dengan usia UMNO 63 tahun sebenarnya tidak terlalu tua dalam suasana sekarang. Orang di kawasan DUN saya terutama di Hulu Berang umur 60 dan 70 tahun masih kuat dan sihat. Kalau tak percaya saya jemput ke kampung Lubuk Periuk, Peneh, Pereh, Menerong, Kua dan kawasan yang sekitarnya...kita akan dapat lihat mereka yang berusia 70 dan 80 tahun masih kuat mengerjakan ladang sawit...orang Terengganu sebut 'cokeh buah'...Kalau orang Hulu Berang dijadikan kayu pengukur...maka dengan umur 63 tahun umur UMNO,ia masih agak muda. Wallhu Alam...

Pendapat arwah Dato Rahim juga bahawa teras perjuangan UMNO telah terpesong...Kalau dulu untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air...tetapi hari ini untuk diri dan peribadi. Dan matlamat perjuangan asal sekadar menjadi sandaran dan titian untuk mencapai cita-cita peribadi. Lantaran itu saya berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin terdahulu mempunyai Aura yang kuat dan barokah yang tinggi, dan sentiasa ditunjukki jalan penyelesaian apabila berada dalam kesulitan oleh Azzawajalla...Mungkin andaian saya ini kurang tepat.

...'Apabila sampai ajal kamu, ia tidak akan dipercepatkankan walau sesaat atau digostankan walau sesaat'...Maksud Ayat....Fikir-fikirkanlah

9 comments:

ultraman said...

salam dato, dalam antara pemimpin yang saya temui dato yang paling berpegang pada prinsip.. malah, jika diminta bantuan, dato memang tidak lokek untuk membantu.. saya berpendapat terengganu memang memerlukan perubahan pemimping yang bersuara lantang dan berprinsip seperti dato.. moga suara akar umbi didengari dan dibacari.. Umno sememangnya perlu dibrandkan dan dipimpin oleh pemimpin yang meletakkan asas perjuangan parti lebih dari kepentingan peribadi.. sekian

mustaine said...

Dkpe r boh..kalo umno hawa2 sesok napah dh,pru 13 esk2 boh brtanding atah tiket pkr r,dok pon bebas. kite pakat tengok setara mane gok pengaruh atas batang tubuh boh di ajil n hulu trg.. Dulu org pakoh boh atas umno bn..terik nin wat ge kbo datah plok,hal kaloh bhgn dok soh ambik hal r,takdir doh.wassalam.

Mohd Rafee Abdul Rahman said...

salam sejahtera,
Nampaknya bicara Dato'semakin berprinsip dan berani. soal mustaine hentam dato' tu biasalah. Yang penting dato teruskan berkhidmat untuk rakyat. Takdok jawatan dlm parti tak apa yang penting kite kerja untuk rakyat. Kalau rakyat kenang pasti desakan minta dato' tanding, kena berkhidmat untuk rakyat.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Tua tua lagi banyak pengalaman. Kalau muda asyik bergaduh aje.

PAS pun sudah tua masih gagal memerintah Malaysia..bergantung pada DAP dan PKR.

Hamdillah said...

teruskan perjuangan dato`...

matgok said...

Salam dato'
i like wat u said..honest n brave enough..
Berjuang dan berkhidmat untuk manusia ni..bukan melalui parti saja..u can do at anytime, anywhere..pokoknya ikhlas. Saya kenal kawan2 Dato' time susoh dan senang..siapa kawan n siapa lawan Dato' ( if im not wrong).Now dato' duduk dibawa..(sikit jer)..tapi nok dibandingkan idea hok juruh n potential.. have brains, i put u on the top.tis not a comlement but ur writings says.
May u be who u r..n stay where u stand..insyaallah.

leetapang said...

1.Dato...mung..demo..anda...saudara..rosol..mike..awak..sebebarnya perlu dok umah @ gi kelaut @ tanam ubi @ dok saja perabih reta hak mana ada
2.Dato..mung...demo..anda...saudara..rosol..mike..awak..sebenarnya perlu dan mesti mintak maaf pada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Terengganu kerana berperanan secara langsung menghasut rakyat membenci Menteri Besar yang diperkenan oleh Tuanku
3.Mung...mung...mung...sebenarnya tidak tau nasib diuntung...Bumi Terengganu menyesal ada orang supa mung...mung...mung!

ultraman said...

salam dato, saya berpendapat bumi terengganu bertuah kerana mempunyai seseorang seperti dato.. walaupun dalam arus yang sama, salah tetap salah n yang betul diperjuangkan.. malah sudah tiba negeri tercinta mengalami perubahan dari segi kepimpinan.. kerana terengganu terlampau banyak ketinggalan dari segi pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat dengan modal kewangan yang begitu kukuh.. Kuala terengganu sepatutnya terus dipacu dengan pelbagai keunikkan.. malah saya berpendapat bahawa kini bandaraya kita gagal mencermin statusnya.. contoh terbaik sekitar masjid terapung.. kerajaan negeri bukalah mata.. pengalaman ketika bersembahyang raya di sana amat mendukacitakan..ketika inilah anak perantau pulang untuk menikmati kecantikan negeri.. namum program pengindahan gagal dilaksanakan.. oklah malas bercerita panjang.. perjuangan dato perlu diteruskan.. kerana terdapat segelintir seperti saya yang akan bersama-sama dato.. n jika berpeluang kelak mentadbir negeri saya cadangkan wang royalti ditabdir sebaiknya dengan penambahan insfra yang menganggumkan dan terbaik dan dana remaja dihentikan dan diganti dengan peluang yang lebih baik untuk anak remaja terengganu.. kerana mereka tidak perlukan wang rm 200 tetapi peluang untuk perdapatan berpanjangan.. sekian i'm proud to be terengganurian.. k dato teruskan perjuangan mu..

UMNO PARTI PENJARA said...

Projek segera mencurah-curah. Projek yang tidak diminta pun datang dengan tiba-tiba. Pembangkang kata inilah umpan pilihanraya. Inilah yang lazim terjadi di negara kita. Apakah pendekatan ini masih berkesan dan relevan sekarang?

Merugikan..

Jawapannya tidak pasti...kerana rekod pilihanraya yang lepas tidak menyebelahi kita. Kenapa?...kerana pengundi hari ini lebih pintar dan terpelajar dan pelajaran itu disumbangkan oleh UMNO dan Barisan Nasional sejak merdeka.

Pemimpin UMNO perlu menerima hakikat..

Kerana dengan usia UMNO 63 tahun sebenarnya tidak terlalu tua dalam suasana sekarang.

Masih remaja seperti MIC :-)

Kalau tak percaya saya jemput ke kampung Lubuk Periuk, Peneh, Pereh, Menerong, Kua dan kawasan yang sekitarnya...kita akan dapat lihat mereka yang berusia 70 dan 80 tahun masih kuat mengerjakan ladang sawit...orang Terengganu sebut 'cokeh buah'...

Fakta Dato' kurang tepat, orang yang mengerjakan ladang kelapa sawit orang Felda Mengkawang bukannya orang Lubuk Periuk, Peneh, Pereh, Menerong, Kua..

Kalau orang Hulu Berang dijadikan kayu pengukur...maka dengan umur 63 tahun umur UMNO,ia masih agak muda.

Masih agak muda.. Lagi sekali saya tersenyum :-)













Kejutan 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan :-)
>>> Klik Di Sini <<<