Salam bloggers...Nampaknya blog saya agak meriah dengan cerita LDP Jepun. Seingat saya inilah kali pertama komen pembaca mencecah 20 pandangan. Alhamdulillah... semua saya siarkan. Saya siar yang enak dan saya juga paparkan yang kurang dan tidak enak. Yang penting saya merasakan bahawa pembaca dan para bloggers tahu memilih yang mana intan, yang mana kaca, boleh membezakan antara beruk dan kera....dan yang mana satu bakul dan yang mana raga....InsyaAllah.
Isu yang sama juga dicoretkan oleh pemimpin besar kita Tun Dr Mahathir dalam blognya. Nampaknya pandangan Tun dan pendapat saya tidak banyak bezanya. Cuma siapa saya? Saya hanya pemimpin kecil nun di Hulu Terengganu... berbanding Tun pemimpin agung yang disegani dunia.... Pun begitu kebimbangan kami sama...bimbang kalau-kalau UMNO tidak relevan pada masa akan datang. Persoalannya apakah ini sesuatu yang mustahil?...Orang putih kata...'In politic..nothing impossible'. Kata orang Terengganu...'dalam politik takdok pende hok mustahil...'Walahu Alam...
Saya tahu akhir-akhir ini pergerakan saya dan rakan-rakan YB diberi fokus...Ekoran saya dan rakan-rakan tidak muncul ketika kehadiran TPM dan Menteri KDN ke Hulu Terengganu tempoh hari. Saya dengar macam-macam spekulasi yang dibuat. Untuk makluman tiada perancngan pun untuk tidak hadir... Semua spekulasi tersebut adalah palsu dan seolah-olah mahu merosakkan nama saya dan rakan- rakan. Pun begitu saya terima dan saya redha...Dan ada juga para bloggers yang cuba menggali yang buruk tentang saya...Pun saya terima seadanya...Kerana yang penting pada saya Allah itu satu dan yang benar pasti akan muncul dan yang batil pasti akan tenggelam...cuma masa sahaja yang akan menentukan.
Begitu juga halnya dengan konflik MCA...Walau apapun alasan yang diberi oleh pihak yang terlibat, percaya dan yakinlah bahawa pada satu masa dan ketika kelak kebenaran akan terpacul jua. Banyakkan sabar...Sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar...Yang penting dalam hidup ini kita mesti ada pendirian. Jangan jadi lalang yang pasti akan goyah apabila ditiup angin. Saya sering mendoakan agar diri saya ditetapkan pendirian dan mohon Allah tunjukkan jalan yang diredhaiNya ...InsyaAllah...
'...In the matter of style, swim with the current...and in the matter of principle stand like a rock'...Fikir-fikirkanlah.
Friday, September 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Hanya suara orang2 tertinggi sahaja yang didengari dan menonjol..
Sama seperti PRU-12 yang lepas..
Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan ;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<
amin ya rabbanal alamin
semoga dato' dalam sejahtera dan diberi petunjuk oleh Allah akan bukti2 kebenaran perjuangan dato' selama ini..
yang lalang biarkan lalang..
kita ikut resmi ikan..
kebenaran akan muncul bila geng-geng datuk mengalah...dan mengaku kesilapan diri sendiri
usaha dibimbangi jika kita benar. Usaha mengambil tahu apa yg diperkatakan jika itu benar. Yang penting kita buat kerja hari ini bukan untuk hasilnya esok tetapi kita melakukannya untuk hasilnya masa depan. amalan terus memberi bukan satu tindakan bijak tetapi menyediakan kemudahan untuk dimanfaatkan sebagai strategik yang bijak. Kita tidak mahu ramai pemimpin yang bijaklaksana seperti sekarang tetapi kita perlukan pemimpin yang bijaksana yang melihat masa depan ...kini sudah terjawab ..terengganu semakin lesu.
Pemimpin perlu mengambil langkah yang bersungguh2 untuk menarik kembali sokongan pengundi2 muda..
Keadaan sekarang bukan seperti dahulu. Sekarang, pemimpin tidak boleh lagi menggunakan kuasa, pengaruh dan media sewenang2nya..
Komuniti internet seperti laman2 blog dan forum telah bercambah dengan mendadak sekarang..
Disamping wujudnya laman2 facebook yang sedang dimanipuasikan pihak media untuk menandingi friendster dan myspace..
Saya tidak fikir itu akan menyelesaikan masalah dan boleh menarik sokongan pengundi muda..
Ramalan Tun mungkin ada benarnya jika kita tidak dapat sokongan pengundi muda..
Berapa Juta Pelayar Internet Di Malaysia, Sehari, Sebulan Dan Setahun? Adakah Jumlahnya Semakin Menurun?
>>> Forum 1 Malaysia <<<
teruskan andai Dato rasa itulah yang terbaik. rakyat marhain ni just perhati dan tengok je
YB Dato,
Dalam politik jangan tersalah langkah jer, tersalah jer sekali memang perit untuk naik kembali. Dato terkhilaf ketika membela Dris Jusoh dari Negeri Besut dulu untuk jawatan MB Terengganu, walaupun dah tahu rata-rata rakyat Terengganu (selain rakyat Negeri Besut) tidak akan menyokong calon dari Besut, lihat apa jadi pada Yusop Noor, di bawa pulang untuk lawan YB Wan Mokhtar, tapi tak naik sapa ke sudah. Pengajarannya, jangan dok sokong orang dari Negeri Besut, sebab mereka ni berat hala ker Kelantan, hati mereka ke Terengganu tawar macam buah langsat masak layu...YB Dato mungkin bertindak betul dengan menyokong pemimpin no 1 Trg waktu itu, tapi Dato tersilap....akibatnya..Dato hanya membilang hari hari terakhir karier politik Dato yang akan berakhir...selewat lewatnya dalam PRU berikutnya, nama tidak di calonkan lagi....habis..wassalamu..
Hadi Marzuki
Kami rakyat malaysia tahu menilai artikel. Artikel bodoh & bohong kami tidak akan percaya 100%.
________________
View Profile: Rantong™
Salam Shawal kepada YB Dato dan keluarga, semoga diberkati Allah.
Saya Aziz di lahirkan di Seberang Takir Kuala Terengganu dan di besarkan di Seberang Takir. Tujuan saya menulis diblog ini untuk memberi satu saha pesanan "BUAT YANG TERBAIK DAN TIDAK MELANGGAR PERINTAH ALLAH dan BANYAKAN BERZIKIR DAN MEMINTA BANTUAN ALLAH"
Sekian terima kasih
Sayang Melayu dan UMNO
Post a Comment