Wednesday, September 2, 2009

Merdeka ke 52...dan Tumbangnya LDP Jepun

Salam Merdeka ke 52...Telah 52 tahun kita merdeka...Nak kata tua belum cukup matang...nak kata muda tetapi melebihi 50 tahun doh...Tapi orang putih kata..'Life begin at 40'...Kalu gitu...ertinya negara kita masih muda...Dan perjalanan masih jauh. Apa yang terjadi di Pengkalan Pasir menyebabkan keadaan yang agak lega di Manik Urai...kembali haru... Selepas Manik Urai, penganalisis politik kata UMNO dan BN semakin pulih semangatnya kerana PAS menang tak sampai 100 majoriti. Tetapi datang angin Pengkalan Pasir. Nampaknya angin Manik Urai hanyalah Fatamorgana sahaja...Nampaknya banyak perkara perlu dibuat untuk mengubati penyakit UMNO dan BN. Harapan saya jangan tersalah ubat...kerana kalu tersalah jadilah macam nasib MJ (Micheal Jackson)...Nauzubillah.

Berita haru dari Jepun jugak membimbangkan saya. Parti LDP telah tewas dengan teruknya selepas berkuasa 54 tahun di Jepun. Jasa dan budi serta bakti LDP kepada rakyat Jepun tidak terhitung...Maklumlah 54 tahun. segala kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Jepun hari ini adalah hasil buah fikiran dan sumbangan LDP...Tetapi malangnya selepas 54 tahun, rakyat tidak lagi menghargai jasa dan bakti mereka. Mereka mengundi parti Demokrat. Kenapa jadi begitu...wallahu a'lam...

Saya bermuhasabah sendiri...mungkin apa yang terjadi di Jepun sebagai isyarat kepada UMNO dan BN di Malaysia untuk 2 tahun akan datang sebelum menjelang PRU13. Agar pengalaman Jepun dijadikan iktibar kepada kita, pemimpin, pejuang dan pendokong parti yang berkuasa hari ini iaitu UMNO dan BN. Jika pengalaman Pengakalan Pasir diambil pengajaran...isu calonnya...kawan saya bertanya kemana SB-SB politik yang tak mampu menyaring kedudukan calon Rohaizat sehingga sukar untuk dijawab... Apakah SB sekarang tidak sehebat SB dulu? Atau sekadar melepas batuk ditangga...

Mengikut ulasan berita yang saya terbaca...(dok sengeleng baca) bahawa semua peti undi di Pengakalan Pasir...BN kalah...hatta tempat majoriti bukan Melayu yang menjadi tumpuan penuh kempen MCA pun kita dikatakan kalah teruk. Ini satu petanda yang cukup bahaya untuk masa depan UMNO dan BN. Tambahan pulak isu dalaman MCA sekarang...Saya bimbang ia akan menjadikan MCA tidak relevan kepada orang cina dan menjadi 'tanggungan/ liablity' kepada BN....maka parahlah BN.

Saya bersembang dengan orang muda dan belia... kenapa mereka kurang berterima kasih kepada kerajaan yang banyak berbudi kepada mereka...jawapan mereka sama dan konsisten...'bina jalan, bina sekolah, buat jambatan dan baiki infra...itu memang tugas dan kewajipan kerajaan'. Di Korea kata mereka kerajaan mereka juga buat apa yang di buat oleh BN di Malaysia. Malah lebih hebat lagi...begitu juga Kerajaan Jepun yang baru kalah itu... Sama juga dengan kerajaan China...Apa yang kita cari sekarang ialah pemimpin yang ada integriti, amanah dan boleh 'get along'...kata orang putih dengan rakyat...Oooo gitu kata saya....

....Ramai orang yang bijak dan cerdik tetapi kurang orang yang amanah dan jujur...betul ke...Fikir-fikirkanlah

21 comments:

Ramli Mohd Yunus said...

Yb,

Saya setuju dengan apa yang tuan cuba bayangkan.

LDP di Jepun sudah jatuh kerana terlalu lama dan mungkin terlalu complacent dan take things for granted.

Untuk renungan sahabat sahabat dalam BN.

Amir Razain said...

BN telah banyak membuat jasa & pembaharuan. Masalahnya sekarang ialah sikap rakyat Malaysia yg lebih suka kpd berita alternatif yang mana sumbernya tidak dapat dipastikan kebenarannya. Yg pasti, hampir semua berita yg rakyat baca adalah fitnah. Tapi, rakyat lebih percaya. Inilah masalah sikap rakyat malaysia. Bukan masalah pemerintahan BN.
_______________________
View Profile: Rantong™

- Along terjoh ! - said...

assalamualikum dato'

kekalahan umno kebanyakannya adalah kerana budaya beteh keting...itulah puncanya

pemimpin yang dilantik hanya 'tergilakan projek amat mengecewakAn...

Unknown said...

salam ramadhan dato',
"Merdeka ke 52... dan Tumbangnya LDP Jepun".... walau bukan petunjuk jelas, tapi petanda bagi BN di malaysia ni.
bila dato' kata di permatang pasir semua peti undi BN kalah, termasuk kawasan tumpuan mca... suatu yang kena tengok semula.
dato', saya ni org atas pagar. tak daftar mana2 parti. tapi dok pernah undi calon BN. sbb... nak pemimpin yang ada niat untuk memperkasakan islam, melaksanakan undang2 islam, cara hidup islam. ada niat untuk memberi pemahaman islam kepada bukan islam. bukan menakut2kan islam kepada bukan islam. bukan kerana undi PAS tu confirm syurga. tidak. sbg org islam saya faham yg syurga tu bukan milik org pas. nik aziz pun tak penah kata orang pas otomatik masuk syurga.

bersambung......

Unknown said...

sambungan...

ibarat kata syurga bawah tapak kaki ibu. bukan bermakna taat pada ibu confirm masuk syurga. ibadat lain kena ambik kira.
sbg org atas pagar, PRU12, saya penah berazam nak beri undi pada BN. tapi di saat nak mengundi, sya berjumpa sahabat sya yang jiwanya, keluarganya mmg kuat BN/UMNO. tapi bila dia sendri bercakap ttg ketidakelokan calon BN, saya tawar hati. bukan dari dia shj, tapi dr kawan2 yang mmg org BN sendri. so, sya pangkah PAS.
sbg org atas pagar, sya cuba menilai seadilnya keadaan politk semasa. ok, kes bina kuil di selangor. kump. yang tak mahu bina kuil di seksyen 23 shah alam tu bertemu dgn hishamuddin. bagus.. tapi ada hishamudin ikhlas atau kerana kepentingan politiknya? sedangkan kjaan slngor nak dialog pada 5 sept. sya nampak kepentingan politik. nak jadi hero selesai masalah tu. bonus untuk umno, jika berjaya. tapi telah overrull kjaan negeri sngor. mmg sbg menteri dia boleh. tp sepatutnya jika usahan perbindangan kjaan negeri tak berjaya. sya percaya, jika kjaan negeri sngor BN memerintah, hishamuddin akan minta negeri selesai dulu, jika tak berjaya baru menteri campur. persepsi saya ialah, hishamuddin nak jadi hero kerana kepentingan politiknya shj.
satu lagi, wktu nik aziz dengan isu syurganya tu... mufti, majlis fatwa, tanpa mendapat penjelasana lanjut terus jatuh hukum pd nik aziz. hanya melalui surat khabar shj puncanya. sepatutnya, majlis fatwa, panggil nik aziz dan dapat penjelasan, lepas tu baru hukum...
inilah antara, perkara2 yg sya sbg org atas pagar nilai.
isu pelantikan MB terengganu, mana pendakwaan terhadap org yang tulis sepanduk "kami nak deris natang!" diambil tindakan? tapi di perak, nizar penderhaka. karpal singh penderhaka, zuppp.... terus dakwa.
di perak, mana dakwaan rasuah terhadap osman jailu dan jamaludin?? sya berani kata bahawa:
1/ kedua orang ini tidak didapati salah, atau
2/ bersalah tapi boleh merayu, kes selesai selepas PRU 13
3/ perbicaraan dibuat selepas PRU13 utk elakkan drpda pilihanraya kecil kalu dua2 didapati salah.
tak percaya, tgk ajer nnti.

tapi dato'
kalau sya mengundi di DUN bukit diman, mgkin sya undi dato' sbb dato' sya kenal sbg org yg baik dan rasional. itu yang sya kenal sebelum dato' jd YB. harap2 teruskan dengan kejujuran dan amanah itu. Org UMNO ke PAS ke MCA ke DAP ke PKR ke, selepas pilihanraya dekati mereka. jgn tunggu pilihanraya baru nak dekat. bantu yg orang umno/BN dapat, beri juga pada mereka. insyallah.. kebaikan kan dibalas kebaikan. jadilah ahli politik yg matang.
di tempat sya dato, ada seorang bekas YB, semasa dia jadi YB, kalu dia tak kira tempat. gerai orang PAS makan pun dia masuk, borak2 dan belanja. bukan musim nak pilihanraya saja tapi bukan musim pilihanraya pun dia mcm tu. so, semua org drpd pelbagai parti amat hormat padanya. walau x semestinya dapat undi tapi bila jadi YB adalah YB kepada semua rakyat kawasannya, bukan kepada pengundinya shj. DS Najib kata jadi ahli politik yang matang. pada saya, di malaysia ni tidak ada ahli politik yang matang termasuk DS Najib. kadang kita nilai YB2 ni tak dapat nak membezakan antara dirinya sebagai ahli parti atau "wakil rakyat". sya tak kata BN shj. PAS, PKR pun sama.
kalau sya jadi PM ke, MB ke, peruntukan kepada DUN tak kira engkau pembangkang ke, akan beri sama rata. tak akan JPP. tak akan tarik wang royalti minyak jadi wang ihsan, dengan syarat, peruntukan itu mesti dinikmatai rakyat tanpa kira kaum dan politik. itu kalau sya yang berkuasa. insyaallah.... moga Allah tak kaburkan mata sya dengan kegilaan kuasa...
salam 1 malaysia.

Khairi Rozita said...

saya amat setuju yg dato katakan ..mgapa kita selalu pandai berkata tetapi tindakan diambil sebaliknya ..kini kita gembira krn merdeka dah 52 tahun tapi sedarkah wlp kita menang tapi kepimpinan seolah2 masih dijajah ..apakah tiada pemimpin yg berwibawa utk menerajui UMNO Trg? Kebimbangan yb amat berasas dan saya juga merasakan sebegitu ..

Persoalan sekarang bagaimana hendak kita melahirkan pemimpin yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat? Langkah "back to basic" mestilah bermula dengan membina keyakinan rakyat..mudahan kemelut semasa ini akan berakhir jika kepimpinan melihat dan mengambil tahu majoriti rakyat dan ahli umno semasa bukan hanya bertanya kepada individu yg menjaga kepentingan masing-masing. Rakyat Trg sekali lagi kerugian masa jika keadaan ini berterusan ..dulu sudah 4 tahun ketinggalan ..jangan pula menjelang 54 tahun merdeka nanti kita sekali lagi asingkan drp negara-negara lain pulak ..renunganlah kita semua.

ultraman said...

Salam Dato, saya setuju dengan pendapat Dato.. yg pandai memang ramai, yang baik sukar dicari..dan apa-apa pun saya berpendapat Terengganu memang memerlukan kepimpinan seorang yg berani dan tegas seperti Dato.. K sekian..

Unknown said...

Itulah yang berlaku jika kuasa yang direbutkan. amanah rakyat perlu diutamakan.

putrarahman said...

Selain Malaysia, mana-mana negara yang bertukar pemimpin tidak jadi hal yang serius kerana mereka masih satu bangsa, tetapi di Malaysia setiap bangsa mempunyai cita-cita untuk memimpin negara termasuklah kaum yang........

Saya cadangkan dari sekarang elok para pemimpin UMNO Terengganu kena membaca buku " BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN PEMBANGKANG BERKUALITI".

crower786 said...

salam datuk....

salam ramadhan. sedikit pandangan peribadi saya utk dikongsi bersama. dlm keghairahan kita berpolitik khususnya di terengganu dan ditgh2 krisis yg tidak berkesudahan sesama sendiri...

saya sebagai rakyat biasa selalu terlibat dlm perbincangan sesama kawan dan org awa yg saya temui secara x langsung. dan kesimpulan dari kebanyakan discussion yg sy sertai...rakyat trg dan kebanyakan golongan pertengahan sedang memerhati perjalanan pentadbiran dan situasi politik.TANPA melupakan soal ekonomi negeri....


salah satu issue yg paling ketara..ramai yg persoalkan.. kenapa trg kurang menarik industri2 lain masuk ke trg. sedangkan pahang(pekan) sudah nak lancarkan bandar industri petroluem yg mana hampir sama ngan paka dan kerteh.

sedangkan pada masa yg sama negeri2 lain semakin lama semakin byk menarik industri2 perkilangan lain ke negeri mereka. tetapi lain pula dgn terengganu. akibat pre occupied dgn politik...yg lain dilupakan

kenapa saya bangkitkan issue kilang/industri..kerana itulah yg dapat menjamin peluang pekerjaan di negeri terengganu ...jauh lebih tinggi berbanding industri pelancongan . cuba selidik betol2 dan datuk akan mengiyakan jugak kenyataan ini selepas ini..

tolongla datik...ramai kawan saya yang semi-pro dan professional dlm bidang2 industri dan teknikal yang ingin pulang berbakyti di trg..tetapi bimbang utk mencari sesuao nasik di trg...

ya lah..dgn beban tanggungan hidup skrg ..nak cari kerja di terengganu bukannya mudah. rate gaji di indusri yg hampit n3 kali ganda rendah..

tolongla datuk... zaman renaissance europe dulu pun bangkit dgn revolusi industri dan dah terbukti teknologi dan industri memberi manfaat yg besar kpd trg akan dtg

sekian.. thanks

NH Shah Alam said...

Saya cukup setuju dengan pandangan YB... Saya tidak kenal sangat YB tetapi YB jadi macam ni sebab YB tidak ngam dengan ahmad said...

Segala isu yang YB ulaskan memang betul dan saya harap YB tidak termasuk dalam orang yang mengkhianati Amanah Rakyat...

Kerajaan BN memang tidak perihatin, sebagai contoh dia kelentong pasal naik harga minyak. Ismail Sabri kata minyak naik seban minyak dunia harga USD82 setong. Berita jam 1200 malam keluar minyak dunia adalah USD71 setong. Mana sumber yang Ismail Sabri ambil? Jangan dok kencing rakyat lah, sekarang ni zaman siber dan semua maklumat dihujung jari...

Harga minyak naik diwaktu ambang Syawal yang bakal menjelma. KERAjaan BN langsung tidak fikir tentang kebajikan rakyat. Sebab itu tidak heran kenapa PR sentiasa di hati rakyat sebab mereka peka masalah rakyat...

Unknown said...

Assalamualaikum Datuk,

Mungkin sudah lama kita tidak bertemu, kali terakhir kita berjumpa sewaktu menghantar Datuk ke Tropicana Golf Club kira-kira 2 tahun yang lalu.

Inilah yang dinamakan 'people power' dimana kebanyakan pemimpin Umno begitu mengambil mudah. Saya melihat Datuk di antara tokoh politik di Terengganu yang mempunyai bintang yang cerah dan alangkah sedih sekiranya ianya dimalapkan kerana mainan politik cantas dan cah keting dalam Umno itu sendiri.

Tanpa menyedari kita semakin ditolak oleh rakyat dan hidup atas dasar mengampu media massa & eletronik yang saya anggap penyumbang kekalahan teruk BN dlm pru ke 12.Media melalui kempen melampau menjadikan ianya 'overkill' lantas pengundi mula beralih arah.

Semua pihak termasuk MT Umno semuanya 'play safe' kerana itulah sampai sekarang gagal mencari penawar mengubati penyakit Politik di Terengganu. Keadaan politik menjadi uncertain dan economy yang volatile membawa penunjuk tidak mustahil Umno akan mengikut jejak LDP.

Konsep one Malaysia bagi saya adalah ubat tahan sakit sementara untuk mengambil hati Kaum bukan melayu dan ianya tidak akan kemana.Ubat tahan sakit bukanlah penawar sebenar bagi penyakit seperti diabetis. Ubatnya tak lain tak bukan bahagian yang luka perlulah dipotong supaya tidak merebak ke anggota lain.

Akhir-akhir ini saya melihat Umno ibarat 'sinking ship' dan mungkin sudah terlambat untuk diselamatkan.

Insyaallah kalau datang KL kita boleh berjumpa lagi dan boleh kita borok panjang.Saya yang kerdil menyokong apa jua tindakan Datuk.

Salam.

Selamat Berpuasa.

UMNO PARTI PENJARA said...

Apa yang kita cari sekarang ialah pemimpin yang ada integriti, amanah dan boleh 'get along'

Setuju :-)



















Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan ;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<

ismail mamat said...

...org muda pernah berkata, rata2 pemimpin UMNO tidak ada denyut nadi mcm pemimpin dulu, byk benar kelainannya!!!

Ibnu Wahab said...

Betul kata2 Rosol tu.Faktanya ialah:
1)Sebab dia tu Rosol
2)Sebab dia lihat UMNO dan BN dari sudut bahawa dia sebagai orang yang bukan lagi berada didalam UMNO.
3)Kalu dia dok woyat terus terang gitu orang dok layan doh ke dia lening...publisiti tu...ingat molek..politik kan.Takdok musuh selamanya dan takdok kawan selamanya dalam permainan politik lening.Bukan zaman dulu...thabat,istiqomah...lenin masyuuuukkkkk je.

Ibnu Wahab said...

Memang betul cakap YB Ajil ni.Faktanya;
1)Sebab dia Rosol
2)Sebab dia tengok UMNO dan BN dari sudut dia sebagai bakal YB yang akan lompat parti pada PRU 13 nanti.
3)Kalau dia dok woyat gitu mapus keras dia.Sebab sape nok layan doh ke dia lening.

warisan melayu said...

ap dato pun tergolong dikalangan 9 adun yg akan lompat parti ke?

Sofi Zainuddin said...

salam takzim..

saya cuma nak tanya... tadi (9/9/09) saya tengok NTV7 ... dia tulis nama Dato, lepas tu dia tulis BEKAS ADUN AJIL ... dato letak jawatan ker?

UMNO PARTI PENJARA said...

Maaf saya cakap..
Melihat daripada apa yang berlaku, pihak media dan ahli2 plitik di terengganu hanya 'syok sendiri' dan sengaja sensasikan sesuatu isu di terengganu. ( Tanya generasi muda terengganu - Mereka takkan dedahkan perkara sebenar ).

Jawatan MB bukan isu utama dalam kekalutan di terengganu..
Memang terengganu dah ada 2 kumpulan / puak.
Jumlah rakyat terengganu lebih besar jika dibandingkan jumlah kedua2 puak berkenaan..
Saya rasa tak guna pihak media dan penyokong2 kumpulan berkenalan sensasikan isu2 ini lagi..
Renung dan fikir2kan..




Kebanyakkan rakyat terutama generasi muda tak kisah pun siapa MB malah ada yang langsung tidak kisah.

Mereka 'gayang' mcm mana sekali pun di terengganu adalah sukar untuk mereka mengubah persepsi generasi muda di terengganu..



Bak kata mereka..
Dengar saja boleh.. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.. :-)














Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan
;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<

matgok said...

Salam Dato..
Mungkin juga kita akan menghadapi nasib yang sama dengan LDP( Bukan Lebuhraya Damansara-Puchong)..
soalnya..berapa kerat antara kita yg berani ( esp YB) kerja keras utk menang semula hati rakyat..
keluorlah..singgoh kejap kg ambe..bukannya abih pitih beribu..
lepas terawih ke..minum air teh o secawang..nok buat promotion Umno ni dok payoh pun..pikir2kanlah.

anuar ibrahim said...

Salam Idilfitri kepada umat Islam yang berjaya melaksana segala suruhan Allah.

Pabila terbaca komen-komen yang dibuat ingin juga rasanya saya sebagai rakyat mathain ni untuk berkongsi sedikit pandangan berkait dengan politik semasa baik dunia atau di Malaysia ataudi Terenggau D.Iman.

Mahu tidak mahu kita mesti terima zaman mutakhir ni adalah zaman kejatuhan banyak pemerintahahn dunia. Kita lihat di Turki. Jerman, England dan sekarang di Jepun. Kesimpulannya adalah sekarang musin rakyat bertukar angin. Kenapa terjadi demikian? Jawapan yang paling mudah dan senang ialah rakyat sekarang bukan rakyat zaman puntung berasap. Rakyat sekarang adalah rakyat yang celik huruf, celik akal, celik budaya dan pelbagai jenis celik lagi. Sedangkan kebanyakan pemerintah khususnya BN di Malaysia hanyut bagai luncai dengan projek dan keegoannya. Kata orang dah 50 tahun rakyat diulik dengan modal pembangunan fizikal yang tak bernyawa dan tak berjiwa. Sedangkan setiap rakyat adalah sebatang manusia yang lengkap dengan roh, jiwa dan akal fikiran. BN dok ingat rakyat ni adalah sebuah robot yang boleh ditune menjadi pak angguk dalam semua hal.

Maka suka saya nyatakan pandangan saya berkait bagaimana semua ini boleh terjadi khususnya bala yang terjadi kepada BN.

Sebenarnya semua parti politik wa ima BN, PAS, DAP sama saja. Tak lebih dan tak kurang. Sebuah parti politik adalah merupakan sebuah wadah atau wahana yang amat suci murni; lihat saja pada perlembagaan mereka. Rasanya tadak satupun parti politik di Malaysia ditubuhkan untuk kepentingan diri pemimpinnya atau suku sakatnya atau dengan kata mudah ialah tertubuhnya satu-satu parti itu adalah untuk membela seluruh rakyat jelata dengan seadil-adilnya bukan untuk memperkayakan para pemimpin sambil rakyat pula digula-gulakan dengan pelbagai cara. Maka terlenalah rakyat jelata dengan segala gula-gula tersebut. Dan akhirnya kerana pembangunan yang dibuat oleh BN tu jugalah rakyat dah celik mata boleh membaca, menulis dan berfikir secara rasional dan objektif.

Maka pabila rakyat dah celik mata dan boleh berfikir maka mereka pun buat tindakan dan keputusan secara demokrasi. Akhirnya BN yang telah mengulik rakyat selama ini rupanya telah mengulik dirinya sendiri dan BN akan terus tidur dan terjun dengan segala kemewahannya.

Dengan nyata dan jelas tanpa selindung di balik jari sendiri cuba kita bertanya MANA ADA AHLI POLITIK/PEMIMPIN POLITIK yang papa kedana, merempat dan kais pagi makan pagi. Ini ditambah pula dengan sifat dan sikap yang penuh ego dan hipokrit; kalau ada pilihanraya maka muncullah mereka dengan pelbagai gelagat yang kononnya ingin menanbat hati pengundi. Zaman sekarang bukan lagi zaman boleh beli undi dengan senyum simpul malah wang ringgit juga tidak akan menjamin kemenangan calon yang bertanding. Rakyat sekarang dah celik segalanya. Anak cucu mereka berderu-deru di Putrajaya. Meraka tahu segalanya apa yang berlaku di dalam mesyuarat di Putrajaya bahkan sebelum keputusan diumum di Putrajaya rakya jelata dah pun tahu. Inilah zaman sekarang; bukan mudah nak meutup segala kesilapan yang dilakukan oleh BN.

Isu pemimpin ego, ingin mengaut kekayaan dan membahagi kekayaan kepada suuku sakat, pentingkan diri sendiri dan hipokrit ni telah berlaku dalam masa yang panjang. BN kena sedar dan kalau sedar berubah cepat. Pancung semua pemimpin yang TIDAK IKHLAS di dalam perrjuangan. Buang semua pemimpin yang TIDAK JUJUR. Sembelih semua pemimpin yang ternyata terlibat dengan KURUPSI dan MENYELEWENG. Rakyat mahukan setiap pemimpin di dalam kerajaan adalah mereka yang BENAR-BENAR BERSIH dari segala jenis noda.

Kesimpulannya politik dan orang politik adalah dua isu yang berbeda.

Yang mengotorkan politik adalah orang politik....