Thursday, August 20, 2009

Lain Padang...Berbeza Belalang

Salam bloggers...Kita sedang menanti keputusan Pilihanraya DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang. Kempen sedang hangat dijalankan. Masing-masing menjaja visi dan misi untuk rakyat. Saya tidak dapat komen banyak kerana saya tidak lagi berkesempatan ke kawasan tersebut. Tetapi saya dapat ramalkan bahawa keadaannya sama sahaja di mana-mana tempat pilihanraya kecil dijalankan. Ini ujian kedua Timbalan Presiden UMNO selepas Manik Urai. Kalau dikatakan Manik Urai hampir menang, harap-harap di Permatang Pasir ini kita akan menang walaupun dengan majoriti satu undi. Ini harapan kita dan ahli UMNO seluruh negara. Tetapi perlu diingat, harapan akan tinggal harapan jika tidak disertai dengan usaha dan azam yang bersungguh-sungguh.

Bercakap tentang harapan, kita di Terengganu Darul Iman juga mempunyai harapan yang menggunung agar UMNO terus perkasa. Terutama di bawah kepimpinan mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Harapan kita agar diadakan program-program memperkasakan UMNO dan BN. Saya katakan demikian kerana masa telah terlalu suntuk untuk pilihanraya akan datang. Sehingga kini saya tidak melihat satu usaha ke arah itu...Mungkin saya tidak terlihat atau tersalah pandang barangkali. Kalu begitu maaflah. Kedatangan Pengerusi ke Terengganu beberapa hari yang lalu dengan kehadiran begitu ramai orang pada saya buka indikator kekuatan UMNO dan BN Terengganu. Strategi sekarang ialah menjaga setiap individu...atau 'head count'...ini lebih penting. Peranan ketua lima perlu diaktifkan semula. Malangnya kita hanya sibuk berpolitik sesama kita.

Saya tidak tahu sejauhmana kefahaman Pengerusi Perhubungan tentang senario politik Terengganu. Kalu nak disamakan dengan politik Johor, saya rasa satu kesilapan. Saya bercakap dengan orang kuat UMNO Johor bahawa orang Melayu Johor amat taksub kepada UMNO. Dan ini berbeza dengan Terengganu...

...Lain hulu lain parang...lain padang lain belalang...Fikir-fikirkanlah....

11 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Saya tidak tahu sejauhmana kefahaman Pengerusi Perhubungan tentang senario politik Terengganu.



Mungkin sampai ke satu 'titik' mereka akan faham semuanya :-)







>>> Blog 1 Malaysia <<<

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ganu banyak masalah ke datuk...

Amir Razain said...

Saya sbg rakyat Malaysia berdoa agar BN akan menang di Permatang Pasir.
_____________________
View Profile: Rantong™

Anonymous said...

Datuk, saya rasa lanskap politik
malaysia mesti berubah kalau malay
sia mahu kedepan .penguasaan satu
kelumpuk diatas sesuatu negara dgn terlalu lama membayangkan ketidak matangan rakyat negara itu
atau petanda terhadap sesuatu yg ti
dak kena berlaku,umpama nya proses
pembendungan terhadap percambahan
pikiran sentiasa di pertingkatkan
oleh penguasa demi menjaga status qua.ini membawa kpd kelembapan dlm
kemajuan hakiki dlm segenap bidang.

Pemuda berani said...

jelaskan saja maksud tersirat datuk....semua benda yang berlaku di dunia ini tidak dapat memuaskan hati kita semua datuk...jangan hanya perjuangkan untuk kepentingan peribadi....berjuang untuk parti dan rakyat lebih baik datuk..

penawarrindu said...

Satu titik di garisan....

Hamdillah said...

Trg akan kembali hijau pru13 nanti..ckp-ckp org trg le ning,menyampah dengan meluat tgk muka-muka pemimpin Trg(maaf),gi mari hok tula.. teringat pula dengan ungkapan ini"ada org ada pangkat tapi tidak ada darjat,ada org tidak pangkat tapi ada darjat" kebanyakkannya tidak ada dua-duanya...wasallam..

Zaki said...

Salam Ramadhan Kareem utk semua,
BN kalah lagi Dato'... nok wat guane rakyat dah panda...Kempen Anwar pengkhianat Melayu & DAP anti Islam nampaknya dok brapa nok jaddi...lebih baik Dato' usulkan supaya DS Najib letak jawatan sebab keputusan PRK tu menunjukkan rakyat tak terima kepimpinannya. Konsep 1Malaysia yg tak berapa jelas tu akan terima nasib yg sama dgn Islam Hadhari... cuma 1Malaysia ni lebih liberal, tak jauh beza dengan konsep malaysian malaysia yg diperjuangkan oleh DAP. Mungkin org cina & bangsa lain lebih tertarik... tapi org melayu lagu mano? boleh ke terima Malaysia utk semua org.. sama rata??

Abdullah Ngah said...

jangan takut

Memang benar wakil rakyat BN mana mana di Malaysia ini hendak kumpul harta, hatta wakil rakyat Bn Terengganu sekali.

Sekarang ini kedudukkan wakil rakyat Terengganu memang sudah gagal untuk mengumpul harta, kerana menentang Ahmad Said.

Dalam UMNO sesiapa yang menentang ketua sudah tentu gagal buat apa sahaja hatta mahu kumpul harta.

Kumpulan Datuk Rosol Wahid jangan diharap kamu berjaya untuk mengumul harta selagi kamu tidak sokong Ahmad Said, kecuali Datuk Idris Jusoh yang sudah banyak harta.

Idis Jusoh tidak kesal sangat dengan harta, sebab dia sudah banyak harta. Tapi bagaimana dengan orang lain.

Kalau kamu menentang ahmad Said dan menyokong Idis Jusoh maka itulah nasib kamu. Kamu akan menerima nasib malang yang sangat malang.

Oleh itu jangan takut lompat parti, kerana kedudukan kamu sudah tidak selamat lagi.

Kalau kamu kekal dalam UMNO sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti, sudah tentu nama kamu tiada lagi dalam senarai calon.

percayalah.

Jangan diharap kamu akan dipilih menjadi calon dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Percayalah.

Saya kenal Ahmad Said. Beliau adalah seorang pendendam macam juga Idris Jusoh.

Jadi, jangan takut untuk lompat parti. itu pun kalau mahu selamat dalam politik semasa macam macam ada hari ini.

Percayalah jika orang yang menentang Ahmad Said tidak lompat parti maka kreria politik mereka pasti berakhir juga akhirnya.

Jika tentang ketua dalam mana mana parti politik sekalipun pasti malanglah nasib mereka.

Oleh itu jangan takut buat perhitungan. Lompatlah agar hati tidak sakit macam sakitnya hati masing masing semasa jadi wakil rakyat sekarang.

Kalau lompat pasti selesai, malah ada yang jadi menteri besar dan barisan EXCO dan barangkali boleh kekal menjadi calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

InsyaAllah. Mudah mudahan penyakit yang dihidapi sembuh tidak lagi menderita dan kecewa.

matgok said...

Datuk..Saya rasa dalam hati YB2 kita banyak yg rasa putus asa.terutama di Trg..Kita seme boleh tgk.Dah tau kesuntukan masa..bakpe tak buat aktiviti, tak fullswing..tak turun padang lagi. Nak buat aktiviti pemuda pun susoh..kena tagih duit 500 rial mcm mintak sedekah..padahal itu untuk reimburst.duit budak2 dah keluar.
Kalu gini penyakit nya..dunt talk about re-branding.dunt talk bout perjuangan.
Berani kerana benar..ini hakikat bila nak berjuang.
PEMUDA aset terbesar..dibiarkan.Hanya dilatih ambik duit/wang ehsan..tak dilatih dari hati dan semangat patriotik..Sebab tu bila PRU12..muka2 pemuda hok kita harapkan..duduk di markas2 parti lawan.Nok kata apa.
UMNO kaloh bukan sebab parti lawan kuat.Sebab tak jaga n tak educate budak2 muda.Pikir kan lah Dato.
InsyaAllah kita jumpa lagi di Majlis2 ilmu yang akan datang.

Anonymous said...

LAIN DULU LAIN SEKARANG..

Entah saya cukup terkilan mengenangkan nasib UMNO TERENGGANU.
Menang susah kalah pun susah.
Mungkin ini satu perancanganNYA.Tapi Tragedi 1999 wajarlah kita elakkan.Pemimpin takpe,semua banyak duit,orang kampung?keje menoreh?keje kait sawit?macamane?wang ehsan 300 setahun.jika bg 300 sebulan mungkin nasib rakyat terengganu lebih baik.Tak perlu dibuat bangunan berjuta2 milion.Orang kampung nak g setahun sekali pun susah.Apa yang perlu bg org kampung sesuap nasi!!!!

Berbalik kepada kekalahan BN.
Pencaturan ALLAH cukup baik,mengapa PR diuji dengan momentum kemenangan dan BN diuji dengan kekalahan??
Mana yang baik ujian untuk kekalahan atau untuk kemenangan??Marilah kita bersama2 berfikir.Setiap kesombongan itu pasti akan ada balasannya.Itu janjiNYA.Wallahualam..