Salam bloggers... nampaknya ramai yang menyokong agar UMNO dan BN di 'Rebranding'... Kata mereka UMNO telah lari dari perjuangan asal. Perjuangan Alif, Ba, Ta...Agama, Bangsa dan Tanah Air. Ada yang kata UMNO berjuang untuk perut dan kedudukan. Betul ke? Yang penting untuk kita pejuang UMNO dan orang politik faham bahawa rakyat hari ini rata-rata celik huruf. Mereka mampu membaca dan meneka. Dan mereka juga mampu meramal macam Nostradamus... Ini kerana sumber maklumat dewasa ini amat banyak dan mudah.
Mereka dengar radio, mereka tonton TV, mereka baca surat khabar...lalu mereka bandingkan apa yang mereka dengar dan lihat itu dengan apa yang terpapar dalam laman web. Dan sememangnya manusia penasaran kepada sesuatu yang negatif dan 'anti establishment'. Memang sifat semula jadi manusia...Nok wat guane...fesyen dia...suka sokong yang dok sohhor(masyhur)...
Dalam usaha memulihkan nama UMNO dan BN perlu ada 'task force' yang bersungguh-sungguh. Bukan cakap berdegar-degar dalam perhimpunan dan perasmian perhimpunan parti sahaja selepas itu lenyap entah kemana...Orang Terengganu kata semangat air lamned...mula-mula penutup botol dibuka gas dan air membuak keluar...lepas beberapa minit...lenyap entah kemana. Harap-harap semangat perjuangan tidak begitu. Kalau begitu...maka malanglah nasib UMNO dan Barisan Nasional.
Rebranding ini mesti bermula dari atas ke bawah... 'top to bottom'...pemimpin perlu berubah dahulu dan ini akan memudahkan pengikut untuk mengekori. Jangan mengharapkan pengikut untuk berubah tanpa pemimpin berubah. Persoalannya...pemimpin peringkat mana? Jawapannya di semua peringkat. Di peringkat pusat Presiden kena berubah dan berani berubah. Di peringkat bahagian, Ketua Bahagian dan kepimpinan bahagian kena berani buat perubahan. Di peringkat DUN, Adun sebagai Wakil Rakyat wajib berani berubah... Kalau semuanya tidak berani berubah dan mengubah...suka dan gemar kepada mediocre...orang Terengganu sebut...Hok Tu Le... sindrom'Ketu laan'...maka berkuburlah UMNO dan BN...Nauzubillah...
Dan semangat ini mestilah berterusan dan berkesinambungan....Jangan jadi semangat Air Lamned...
Ada kawan saya bertanya...berapa banyak baju UMNO dan BN diberi kepada rakyat setiap kali diadakan program...dan diberi percuma...Jawabnya terlalu banyak...Soalnya lagi kenapa rakyat tidak memakai baju tersebut?...Jawablah sendiri. Cuba bandingkan baju bergambar Nik Aziz...penyokong PAS sanggup membeli dan bangga memakainya...Kenapa ini terjadi...jawapannya...kerana branding...
Akhirul kalam...Bangga menjadi kucing yang sentiasa dibelai tuannya di rumah, berbanding kerbau di sawah yang sentiasa dipalu untuk membajak...Fikir-fikirkanlah..
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kalau cerdik pandai tapi tidak tahu buat penilaian baik buruk pun tak guna juga.
_______________________
View Profile: Rantong™
nak berubah x semestinya kena buat undi x percaya atau bubar dun (seperti yg hebat diperkatakan le ning). apabila ketua x di dokong oleh orang bawahan lambat laung ke gaung jualah arah yg di tuju. Apa kata kite pakat betul tuning, buang yang keruh dan ambil yg jernih.. hok salah pakak betul ramai2, ni dok, duk cakap belakang komen sana komen sini. mcm kite ni bagus sgt sedangkan inputnya x dok.
x guna kite berpantang aral berkerat rotan mempertahankan sesuatu... hasilnya setakat arked mara sahaja. fikir-fikir-fikirlah
http://pkrpasdap.blogspot.com
UMNO kena jadi kucing...manja dan rapat dengan tuannya.
UMNO perlu manja dengan rakyat
UMNO perlu rapat dengan rakyat.
Jika ini berlaku sebagaimana di Manik Urai, TPM solat bersama penduduk, Menteri makan nasi dengan ulam, budu bersama rakyat...sudah tentu UMNO akan disayangi..
kerbau rajin macamanapun akan dikorban dan kulitnya akan dijadikan gendang.
UMNO jangan nanti disembelih macam kerbau.
Jangan marah datuk.
abe MIE
salam dato'
Tahniah atas ketelusan dan ketulusan dato' dalam hal berkaitan membina kekuatan semula UMNO dan BN.
Agak malangnya sikap pemimpin parti kita di peringkat bahagian sebenar masih ada dua penyakit iaitu penyakit "KDK= ketuaan dalam ketulaan" dan penyakit "ABC=amalan berulang cara" . jadi macam mana UMNO nak berubah kerana pemimpinnya tak diubah.
Kita sentiasa bertanya soalan yang sudah diketahui jawapannya
Suara Generasi Baru 1 Malaysia
>>Blog 1 Malaysia
Post a Comment