Tuesday, July 21, 2009

Bila 'Brand' tidak laku...

Salam bloggers... keputusan Manik Urai telah kita ketahui. Ramai yang menyatakan mereka telah mengagak keputusan tersebut. Ada yang mengatakan keputusan sepatutnya BN menang. Ada juga yang kata 65 undi tu seolah-olah BN menang berbanding lebih 1500 Paksu Wil menang. Apapun, kita kena menerima realiti bahawa kalah tetap kalah walaupun satu undi. Ada sindiran yang mengatakan lawan 'Tok Peraih Ikan' pun BN tak mampu menang. Betapa parahnya BN ketika ini. Betul ke?

Walau apapun tanggapan, andaian dan persepsi, tahniah diucapkan kepada wakil rakyat yang baru. Yang belum menang diharap cuba lagi jika di beri peluang pada masa akan datang. Isu yang dibawa oleh parti-parti yang bertanding nampaknya isu yang sama...orang Terengganu kata...'hok tu le je'...pun begitu BN masih tidak mampu untuk menang. Ertinya BN perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Taburan janji dan projek segera nampaknya tidak mampu untuk menarik pengundi. Ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui. Kita kalah 5-0...

Saya berpandangan, bahawa imej BN perlu dipulihkan. Orang putih sebut 'Rebranding'...Kalau brand kita telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif. Pihak pembangkang dengan senang sahaja memanipulasikan apa sahaja yang kita buat. Rebranding ini perlu dilaksanakan segera dan secara komprehensif bukan sejadar 'adhoc' sahaja. Bermakna bermula dari kepimpinan atasan hingga ke akar umbi. Itupun kalau ada niat untuk mengukuhkan parti.

Oleh kerana brand kita tidak popular lagi, segala apa yang terjadi, kita disalahkan. Kematian Beng Hock baru-baru ini juga kerajaan disalahkan. Kematian seorang India di dalam lokap...kerajaan juga dicemuh, kenaikan tambang pengangkutan awam, bertambahnya penagih dadah, kerajaan dikeji...pada hal di negeri pembangkang pun apa kurangnya...Apa-apa sahaja yang negatif, kerajaan juga jadi mangsa...Pengumuman PM seperti penurunan Tol, pakej rangsangan ekonomi dll seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat. Malah ia dipandang sepi begitu saja...kata orang Terengganu..'dok jadi kudis gatal pun'...Malangnya nasib kerajaan BN kita.

...Betullah kata seorang tua; "kalu pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik"...Fikir-fikirkanlah...

6 comments:

Unknown said...

Salam kepada YB...
rasanya tidaklah perlu kita pergi sehingga ke luar sedangkan di laman sendiripun masih haru-biru dek budak-budak nakal yang tidak berpuashati...
Sebagai orang yang berpengalaman pada zaman kejatuhan Trg pada 1999.. YB seharusnya faham akan kehendak rakyat. Alhamdulillah, rasanya Trg masih bebas dengan janji manis para YB pada PRU yang lepas kecuali YB Hulu Trg yang membela para kontraktor-kontraktor...(cakap-cakap penganalisis politik kedai kopi)...
hehe..
Tetapi ada betulnya sekiranya anda pergi berjumpa dan bercakap tentang hal-hal semasa.. Bab ini memang YB Rasol saya puji kerana dapat bercakap tentang kelemahan dan kelebihan yang UMNO ada.. Tetapi YB Zawawi hanya seperti boneka kepada beberapa orang kontraktor..(menurut seorang rakan dr HT sendiri..)
Brand atau tidak bukannya penting, imej para YB yang mengatasi semuanya.. sekiranya mereka dekat dengan penduduk maka itu merupakan suatu yang amat berharga kepada para penduduk kampung yang semakin berjauhan dengan para YB yang mereka pilih pada PRU baru ini yang sibuk berbalah dek kekuasaan...

"Sesuatu yang baik amat mudah dilupakan seperti dedaun yang hanyut.. tetapi keburukan merupakan seketul batu besar yang tetap teguh menyekat dedaun dari berlalu pergi mengikut arus..."

ajang said...

tok peraih ikang dgn cikgu maktab pun sama je. yang penting rakyat telah memberi mandat dan kepercayaan... imej bn akan pulih tanpa rasuah. rasuah ini ibarat `brand essend` dlm bn. org cakap dok leh lari. buat ape kite perabih duit utk rebut satu2 jawatan? lu pikir ah sendiriii..

Muhammad said...

Dapatkan Jadual Majlis Ilmu sekitar Lembah Kelang bulan Julai & Ogos 2009 : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/jadualjo.jpg

UMNO PARTI PENJARA said...

Saya nak cadangkan kalau ada lagi pilihanraya nanti, lebih elok BN tak buat apa2 janji dan tabur duit berjuta2...

Tu je :-)












http://Blog1Malaysia.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

orang tua kata- kuman sebelah laut nampak, gajah depan mata tak nampak.

macam tulah yang berlaku sekarang bila PAS kata UMNO camtu sedangkan dengan berkhalwat dengan DAP tak per

ultraman said...

Y.B Dato.. saya memang bersetuju dengan pendapat Dato bahawa umno perlu dibrandkan kembali.. niat iklas untuk membaiki perjuangan perlu ditanam kembali.. Umno hanya akan menjadi kenangan terindah jika kita semua tidak berusaha mengubah nasibnya.. Melayu akan terkapai-kapai di dalam negara tumpah darah.. pemimpin perlu mencorak rentak kepimpinan yang baru agar umno diterima kembali.. sekian