Tuesday, July 7, 2009

Manik Urai...Apakah akan Terlerai

Salam bloggers... nampaknya politik negara sekali lagi di gegarkan dengan pilihanraya kecil. Kali ini di Manik Urai Kelantan. Saya tidak tahu kenapa sejak zaman Pak Lah dan era Dato' Najib ni terlalu banyak pilihanraya kecil. Aapakah makna dan hikmah disebalik terlalu banyaknya 'by election' ini? Diharap agar ia memberi kebaikan kepada Agama, Bangsa dan Negara. InsyaAllah...Kerana dengan banyaknya pilihanraya maka banyaklah pitis habis, masa terbuang dan banyak tenaga digunakan.

Saya bertanya teman-teman di Manik Urai...Bagaimana prospek di sana? Rakan-rakan parti pembangkang amat yakin dengan calon mereka. Mereka kata kedudukan sekarang agak memihak kepada mereka. Saya bertanya pula dengan rakan-rakan UMNO, mereka juga confident...cuma kata mereka keadaan banyak bergantung kepada pengundi muda dan atas pagar. Kalau bergantung kepada pengundi muda, saya bimbang trend sekarang tidak memihak kepada kerajaan...Wallahu Alam...Cuma saya ingin menasihatkan agar bertandinglah dengan penuh semangat setiakawan. Dan saya yakin orang Kelantan terutamanya Manik Urai mereka matang dalam politik.

Kembali kepada kemelut UMNO Terengganu, nampaknya selepas perlantikan 'line-up' baru UMNO Terengganu, terdapat berbagai pandangan. Apapun tahniah saya ucapkan kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang dilantik untuk jawatan Setiausaha, begitu juga dengan sahabat saya YB Shabery Chik dan YB Datuk Rahin Said. Moga dengan perlantikan itu akan menguatkan UMNO Terengganu.

Terdapat juga komen kawan-kawan yang mengatakan DSHH agak berat sebelah dalam perlantikan ini. Ini disebabkan beliau buat tidak 'pamme'...buat endah tak endah kepada suara ahli Yang Berhormat semasa pertemuan di pejabat beliau sebulan yang lalu. Ramai YB rasa kurang senang...apakah DSHH tidak memahami apa yang diperkatakan atau beliau mendapat tekanan daripada pihak tertentu. Wallahualam... Apapun sekarang semuanya di tangan DSHH yang akan menentukan jatuh bangunnya UMNO dan BN Terengganu.

...langit tidak selalu cerah...Fikir-fikirkanlah..

8 comments:

Hamdillah said...

umno oh umno.....

OPTOMETRI IDAMAN said...

suara mcm hebat, tp zaman pok deris ari tu pun projek x dok masuk gok kat h.trg. banyak projek kat h.trg sejak dulu lg kena rompak ke daerah lain.. yb kite yang ade ni dok rok cetong ke? ulas ckit dari sudut yb, org bwh nok tahu gok..

ahmad said...

salam dato'. saya merupakan mahasiswa terengganu yg berada di perantauan. bila ikuti perkembangan politik di Terengganu, aty rase parah. Dalam keadaan rakyat yg masih dibelenggu kemiskinan padahal dalam masa yang sama duit negeri yang banyak,pemimpin negeri masih bergelut untuk merebut jawatan dalam parti. Semua pemimpin terengganu walaupun daripada kem yg mane sepatutnya redha dan menerima qada' dan qadar ALLAH. Sudah cukupkah tanggungjawab yang dilaksanakan untuk rakyat dan cukup kuatkah untuk para pemimpin negeri apabila ditanya dihadapan ALLAH atas segala rakyat di bawahnya pada hari pembalasan kelak. Atas dasar profesional,pemimpin hendaklah duduk semeja membincangkan masalah negeri walaupun berbeza parti politik supaya pandangan dan cadangan masing2 dapat dibincangkan. Berkenaan dengan projek dalam terengganu seperti mana yang diutarakan oleh OPTOMETRI IDAMAN, saya mencadangkan agar diwujudkan satu mekanisme yang adil dalam pembahagian projek ke dalam DUN masing2.Bajet tahunan negeri setelah ditolak segala perbelanjaan mengurus dan segala perbelanjaan lain kemudianya dibahagikan dengan jumlah penduduk di negeri Terengganu. Jumlah diperolehi didarabkan dengan penduduk dalam sesuatu DUN. Dengan ini proses pembahagian projek adalah lebih telus dan tidak hanya lari ke DUN yang wakilnya menjadi Menteri Besar.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Derngar khabar BN mahu SPR semak semula di beberapa kawasan. silap haribulan BN boleh menang...

UMNO PARTI PENJARA said...

Memang ada hikmah di sebaliknya...

Kalau ada banyak lagi PRK selepas pilihan raya di sarawak nanti mcm mana pulak :-)

UMNO PARTI PENJARA said...

Takziah saya ucapkan kepada Arwah Nasir Muda...












http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Anonymous said...

pembangunan yg sedia ada, rakyat tak nampak. bila ada masalah, masalah tu yg nampak. bak kata pepatah.. gajah depan mata tak nampak,semut diseberang laut.. jelas kelihatan.

______________________
View Profile: Rantong™

Unknown said...

Emm.. YB yang kalah dalam pemilihan seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan jer dalam pemilihan... Kata nak bersatu membangunkan Hulu Terengganu, tapi Ajil pun apala pembangunan yang dibawa? Hanya pusat pengumpulan PATI... Adakah YB yang kalah terasa tergugat dan merasakan ada agenda mengurangkan pengaruh YB? Sedarlah YB, sekiranya kita betul dalam tugas sebagai YB, ramai yang akan menyokong serta menjadi pengikut yang setia... Sedarlah juga, bila jadi YB nie golongan yg menangguk ramai dan bila YB hilang kuasa dimana orang-orang ini?
Masih belum terlambat buat YB, cuba-cubalah menjernihkan keadaan dan biarlah sekeliling melihat YB tidak menongkah arus mengejar kuasa...

"Siang dan malam tanda Yang Maha Esa untuk kita fikirkan, kerana ianya berkaitan perjalanan kehidupan khalifah di bumi ini....."