Sunday, June 21, 2009

Jo Ong/Mendung Politik...

Salam bloggers... nampaknya banyak isu sedang melanda negara sekarang... Isu H1N1 nampaknya masih belum reda. Behgiru juga halnya dengan suasana dan cuaca politik... nampaknya semuanya mendung...orang Terengganu sebut...'Jo ong'...gelap nok hujan...walaupun cuaca sebenarnya panas terik... 'Panas bedering'.

Bagi UMNO Terengganu dan rakyat keseluruhannya sedang menunggu dengan penuh sabar dan debar pengumuman barisan baru UMNO Perhubungan Negeri apabila ada dikatakan seorang dua terkait dengan SPRM. Sejauhmana benar kes tersebut wallah Alam...Jika benar kes tersebut...saya merasa amat sedih kerana mereka adalah kawan dan teman baik saya. Mungkin ada yang mengatakan saya tidak ikhlas...terpulang...saya ada telefon rakan saya ini untuk menyabarkan mereka tetapi tidak berjawab. Sabar separuh daripada iman. Saya tidak pernah merasa gembira atas penderitaan orang.... Nauzubillah...Allah hanya menguji bagi mereka yang tahan diuji..kerana Allah Maha Mengetahui....Ayat dan kalimat yang sama saya utarakan kepada Dr Ramzi...

PAS juga berada dalam keadaan ' Jo Ong' jugak setelah selesai pemilihan peringkat pusat beberapa minggu yang lalu. Itulah bahananya pertandingan. Pada saya pertandingan banyak membawa mudarat daripada berkat. Jelas sekarang sekurang-kurangnya dua kabilah di dalam PAS...satu Kabilah TGNA di Kelantan dan satu lagi Kabilah TGHHA di Terengganu. Masing-masing merasakan mereka berada di pihak yang benar. Isu sampingan yang di polemikkan ialah kerajaan campuran...yang dicadangkan oleh UMNO dan BN. Isu sebenarnya ialah kalah dan tewas dalam pemilihan... Ada Ahli Parlimen PAS menganggap bahawa sejarah perang Siffin berulang lagi...Kononnya PAS adalah Puak Saidina Ali dan UMNO adalah puak Muawiyah. Betul atau tidak analogi tersebut...fikirlah sendiri. Apa yang penting dan utama kita terutamanya orang Melayu beragama Islam tidak ada masa lagi untuk bertelingkah atas nama perjuangan politik. Mari kita cari titik persamaan dan ketepikan yang titik perbezaan.

...Kata pepatah; 'bulat air kerana bekas, bulat 'belede' kerana acuan, bulat orang kerana berpakat'...Fikir-fikirkanlah...

8 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Bukankah orang Islam itu ialah bersaudara!!! Tidak kira bangsa Bangla, Pakistan, Iran, Bosnia..kalau mereka Islam, maka mereka juga adalah saudara kepada kita semua.


Tapi PAS menjadikan pemakan babi sebagai saudara dan menjadikan umat Islam sebagai sasaran modal politik.


http://pkrpasdap.blogspot.com

Fishing Around said...

ceh.. sembang lah YB

jalalsmile said...

stadium dah runtuh,.....
UMNO Trg dah ubah barisannya...
H1N1 kohor dekat...
Jo Ong tu dak hilang hilang....
jadi tunggu ape lagi dato....

jalalsmile said...

Salam.. dato...
memang dah semakin joong dah dunia politik negeri trg le ning... kat bawah ambe dengor bergelegak macam air panas di patat kuali. Telinga hampir nak luruh hasil mahsul di dalamnya...
ni ada senikata lagu dulu-dulu.. la
Jangan tunggu lama-lama..
nanti lama-lama ia diambil orang..

Mohd Sobri said...

Salam Dato'
1. Sudah terang lagikan bersuluh..
2. Nampaknya keadaan sekarang bertambah celaru..
3. Malas saya nak komen banyak2
4. Dah naik muak dengan politik Hulu Terengganu..
5. Harap dapat diperbetulkan.. Tengok-tengoklah Dato'

putrarahman said...

Salam Dato'

Saya tak faham sangat pasal politik kerana tak belajar. Namun demikian, saya dapat simpulkan bahawa politik itu seperti pisau, kalau salahguna, ia akan memusnahkan.

Bakpe jadi pah jadi lagu ni?
Kalu MB dulu tu hebat sangat, saya tengok dok kemane pun rakyat Trg.

Maaf cakap, pemimpin semasa MB dulu tu riak sangat, Dema bangga dengan bina banyak masjid. Itu bagus, tetapi masjid kosong, bakpe tak gerakkan rakyat supaya penuhkan masjid tuh??. Dema bangga kanak-kanak pandai ngaji Quran, Dema bangga ramai pelajar cerdik dalm UPSR,bagus tetapi nak kabor ke sape? Nak bangga dengan sape?? Allah tak suka orang yang riak.

Jadi, dah-dahlah tu, terima hakikatlah bahawa ini zaman orang lain dah. kalau tak sanggup, buat-buat pekak dan buat-buat tak nampak je. Bukan luak banyak mana pun. Rakyat lagu tu juge.

Tuan Tanah Melayu said...

salam....
itulah namanya dunia...
langit tak selalu cerah....
mendung jangan disangka akan hujan....
kadang2 kita dibawah dan kadang2 kita diatas.....
kalau semuanya macam dirancang dan semuanya menjadi dunia tidak akan meriah dan tidak akan ada pengalaman baru yang boleh dijadikan teladan.....
oleh itu kita mesti sama2 sediakan kelengkapan untuk menempuhi hari mendatang.....

Tuan Tanah Melayu said...

salam....
itulah namanya dunia...
langit tak selalu cerah....
mendung jangan disangka akan hujan....
kadang2 kita dibawah dan kadang2 kita diatas.....
kalau semuanya macam dirancang dan semuanya menjadi dunia tidak akan meriah dan tidak akan ada pengalaman baru yang boleh dijadikan teladan.....
oleh itu kita mesti sama2 sediakan kelengkapan untuk menempuhi hari mendatang.....