Salam bloggers...terima kasih kepada kekawan yang sudi menjengah blog saya. Terima juga kepada pelajar-pelajar dan mahasiswa Eropah Timur. Komen dan pandangan saudara amat saya hargai dan menjadi sikap saya untuk publish semua tanpa edit. Diharap rakan rakan bloggers berpuashati dengan karenah dan isu-isu yang saya utarakan. Mana-mana yang tersilap dan tersalah saya pohon kemaafan sempena tahun baru Hijrah dan Masihi. Harap kita akan membuka buku baru dan lembaran baru... dengan menjadikan segala pengalaman yang lalu sebagai panduan dan sempadan.
Sambutan tahun baru 2009 cukup meriah. Malangnya keesokan harinya...pada 1hb kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan...ramai yang ditangkap kerana aktiviti tidak bermoral dll. Ini amat mengecewakan. Persoalannya dimanakah silapnya? Apakah ini kesilapan kerajaan yang memerintah atau kesilapan keluarga yang mendidik, atau kesilapan masyarakat tempat mereka tinggal?
Selalunya apabila sesuatu musibah begini terjadi, kita akan mendengar suara-suara yang mengatakan kerajaan yang silap. Pemimpin yang salah. Apabila remaja menghisap dadah, kerajaan juga disalahkan. Apabila gagal peperiksaan juga kerajaan juga dikutuk. Betulkan begitu?. Inilah fenomena kita...sering menuding jari menyalahkan orang lain. Kita jarang bermuhasabah diri sendiri. Jika dikatakan sistem pendidikan kita yang ter'peweng'...Saya yakin semua lepasan sekolah di Malaysia telah dan akan rosak. Termasuk mereka yang menuduh itu sendiri. Kerana sipenuduh itu juga lahir daripada sistem pendidikan negara ini. Kalau saya tersilap, maafkan saya.
Saya sebagai bekas guru, terasa satu evolusi dalam berpakaian terbentuk dalam sistem pendidikan kita. Kita tidak pernah memaksa pelajar-pelajar bertudung...tetapi Alhamdulillah hari agak sukar untuk kita melihat pelajar-pelajar perempuan mendedahkan rambut di sekolah. Satu kejayaan 'Dakwah bil Hal'...Inilah yang dilaksanakan oleh Rasul saw. Kesannya cukup mendalam. Dan inilah cara dan pendekatan yang dilaksanakan pemerintah. Kita tidak mahu terburu-buru dalam sesuatu perkara. Kita kena bijak dan berhemah. Jika tidak peristiwa yang berlaku di Thai tidak mustahil terjadi di sini...Nauzubillah...
Perkhidmatan ini adalah sedekah jariah kita. Sedekah Jariah kita akan menjadi bekal kepada kita nanti. Sedekah jariah pemimpin-pemimpin kita. Mereka kurang bercakap tetapi banyak membuat...Lantas kita kena menang dalam Pilihanraya agar kita dapat meneruskan khidmat Jariah kita...InsyaAllah
Kata pujangga"...Perkara yang terbaik dalam hidup kita ialah membuat sesuatu yang berkekalan dan lebih lama dari hayat kita"....Fikir-fikirkanlah....
Sunday, January 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam DRW,
Benar lagi terbenar kata-kata dalam posting mung tu.Tapi lebih comel lagi kalau bersama menghayati dan mengamalkan "PRINSIP LUPAKAN", iatu:
i. LUPAKAN kejahatan dan keburukan orang dilakukan kepada kita- saling memaaf dan dimaafkan.
ii. LUPAKAN kebajikan yang kita lakukan @ buat@ beri kepada orang lain- tiada ungkit dan mengungkit @ bangkit membangkit.
BARU AMAN DAN SEJAHTERA. Wasallam.
Penyokong 4 pemimpin masih tak puas hati
KUALA TERENGGANU: Beberapa kumpulan penyokong wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri ini yang tidak dicalonkan semula untuk pilihan raya umum kali ini mengadakan perhimpunan di sini, meminta pemimpin mereka disenaraikan sebagai calon.
Mereka yang mengadakan perhimpunan sejak kelmarin termasuk penyokong Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan penyokong Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.
Turut memprotes, kumpulan penyokong bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Mohd Shapian Ali dan Adun Air Putih yang juga Exco Pemuda Umno, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Bagaimanapun, bekas Adun Bukit Payong, Datuk Dr Abdul Latiff Awang yang tidak dicalonkan semula, meminta semua jentera Umno khusus di Parlimen Marang membantu jentera BN sepanjang kempen pilihan raya umum ini.
“Ahli dan petugas yang bertugas untuk saya pada 2004, perlu membantu calon baru, khususnya (Setiausaha Politik Menteri Besar), Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir sepanjang kempen ini.
“Saya memberi jaminan semua 23 ketua cawangan dan DUN ini, Pemuda, Puteri serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan bekerja keras memastikan kemenangan BN,” katanya pada majlis memperkenalkan Ahmad Ramzi, di kediamannya di Kampung Wakaf Nyior Kembar, Bukit Payong, semalam.
Hadir sama, calon BN yang bakal bertanding di DUN Bukit Payong, Zaidi Muda.
Abdul Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, berkata beliau berikrar akan bekerja keras memastikan kemenangan calon BN dan berharap rakyat memberi sokongan kepada Zaidi dan Ahmad Ramzi.
selamat tahun baru YB...
Salam..
Dalam kekalutan memilih peminpin dalam pilihanraya kecil P36 kita jangan lupa tentang kekejaman Israel yang membunuh manusia tanpa belas kasihan....Itu sebab di dalam Al-quran telah menerangkan bahawa bahawa bangsa Yahudi tidak pernah serik dan angkuh.
Oleh itu jangan kita pun meniru cara mereka.Sikap dendam yahudi telah terjadi dalam orang-orang melayu/Islam sekarang ini terutama didalam politik.
Lihat contoh Di negeri Darul Ridzuan kerana sudah berkuasa mula berebut sehingga kanak-kanak menjadi mangsa seperti terjadi di Darul Iman dahulu.Inikah stail Israel yang diterapkan dalam kehidupan umat Islam Di Malaysia????.
Salam...
Kegawatan ekonomi sudah mula terasa terutama mereka yang bekerja di sektor industri,tahu anda bahawa kegawatan ini menyebabkan ada yang kehilangan pekerjaan dan apakah cara kita untuk membantu mereka?....
Ramai anak Negeri Terengganu dan negeri2 lain terlibat terutama kilang2 di sebelah barat semanjung yang akan menjadi penggangur ,apakah perjuangan kita?bagai orang berpolitik mereka punya berbagai alasan tetapi bagi mereka yang kehilangan pekerjaan ini amat mendukakan kerana ramai berjanji tetapi tidak dikotai seperti golongan munafik.
Untuk pengetahuan anda ramai teman saya di Singai Petani Kedah,Penang dan KL telah memberitahu bahawa mereka terpaksa diberhentikan kerja dalam masa terdekat ini.Kemanakah arah tuju mereka (mengikut pendapat ahli ekonomi seramai 200,000 pekerja akan kehilangan kerja untuk suku pertama)..
Cuba fikirkan bagaimana jika mereka berkeluarga dan anak2 bersekolahan...Sepatutnya ini yang perlu diperjuangkan bukan main fatwa-fatwa yang hanya memperbodohkan sesama kita.
Jangan hanya pandai berjanjii(tubuh kerajaan) tetapi munafik
dok rok cetong belaka dah... geng 14... guana gamok??
Post a Comment