Saturday, January 10, 2009

P36

Allamdulillah, kerana anda masih menjenguk ruang ini. 6 Jan 2009, proses pernamaan calon untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu (P36). Syukur, UMNO/BN telah mencalonkan orang muda iaitu Dato'Wan Farid Wan Salleh. Beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada pemilihan lepas dan berjaya mengekalkan Ketua UMNO tanpa bertanding. Syabas..

Saya selaku sahabat dalam perjuangan parti keramat melayu UMNO, berdoa kepada Allah swt agar diberi kemenangan kepada sahabat saya ini Dato'Wan Farid Wan Salleh. Beliau adalah orang kuat bekerja serta mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat dan saya menafikan bahwa pakatan rakyat menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang sombong, tidak ramah dan sebagainya. Itu adalah pembohongan semata-mata.

Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menubuh satu fakulti baru di Universiti Darul Iman ( UDM ). Fakulti tersbut adalah penting bagi kita semua, iaitu Fakulti Perubatan & Kesihatan. Insya-allah, Negeri Terengganu bakal akan menjadi gedung ilmu dan kebanjiran pelajar dari dalam mahupun luar. Inilah kepintaraan kerajaan BN merancang dan mempunyai perancangan untuk membangunkan negeri Terengganu.

Terengganu pernah mengalami zaman kegelapan pada sekitar tahun 1999 - 2004 dan berjaya pulih balik pertengahan 2004. Namun, 4 tahun masa berlalu banyak benda Terengganu ketinggalan dalm segala aspek bidang. Dengan pentadbiran yang diterajui oleh Mantan Menteri Besar dan seterusnya diteruskan oleh YAB Dato'Ahmad Said ternyata BN mampu mempunyai kerajaan yang efisien, dinamik dan kreatif.

Insya-allah, sama-sama kita doakan agar Dato' Wan Farid Wan Salleh diberi peluang untuk ke Parlimen untuk membawa isu-isu dan permasalah dari rakyat khususnya di Parlimen Kuala Terengganu. Saya berjanji akan berganding bahu agar usaha , visi dan misi yang akan diterajui nanti berjaya dengan cemerlang. Kuala Terengganu adalah ibu Negeri Terengganu. Di sini lah pusat pentadbiran dan di sinilah pusat pelancongan pelancong dari dalam mahupun luar.


Pikir2..kepada pengundi P36,tunaikan kewajipan anda di kawasan tersebut. Silap memilih, maka silap la...

8 comments:

. said...

Tahniah, blog saya bagus. Saya telah masukkan dalam blogroll saya. Terima kasih.

abe MIE 'TERJAH' said...

Kalau nak sokong kandang babi tercomel kat terengganu...jom kita pilih PAS....

kalau nak suruh orang melayu miskin macam tok guru...jom kita pilih PAS....

kalau kita suka diperbodohkan dengan janji-janji di taburkan selama ini sebagaimana dijanjikan 1001 di selangor..oleh PKR...jom kita sokong PAS....

kalau nak dapat pahala...jom pilih PAS...

dengar ceramah Tian Chua dan Lim Kit Siang pasal melayu bodoh dan melayu benggong...ketika ceramah...jom pilih PAS...

JOM sertai pAS sebab PAS parti orang Melayu untuk hina melayu...parti yang tak ada bangsa tetapi pemimpinnya ialah melayu...parti yang membela HINDRAF dari melayu....

RUGI KALAU TAK SOKONG PAS...
GUANO NAK SOKONG PAS KE?

http://pkrpasdap.blogspot.com

Mat Yie said...

Dato'
Sememangnya di saat genting sebegini semangat kerjasama dan setiakawan amat ditagih oleh setiap parti yang bertanding utk prk kali ini termasuk UMNO sendiri. Saya juga megharapkan kemenangan BN sekali lagi untuk menidakkan dakyah2 pembangkang yang selama ini tidak lain hanya mencari kelemahan dan menutup segala kebaikan yang di tabur kerajaan selama ini kepada rakyat. Semoga Allah membuka pintu setiap pengundi di P.036 untuk celik akal dan hati...

putrarahman said...

Dato', kalau dengar di sebelah puok PAS, dema orang kata macam-macam pada UMNO dan BN. Kalau dengor dipuak BN pulok, dema kata macam-macam kat puok PAS. Jadi mana satu puok yang bercakap benor nih??? Untuk menegak kebenorang, masing-masing cari pembantu. UMNO jadikan pitaih sebagai pembantu, manakala puok PAS pulok jadikan ayat-ayat Al Quran dan Hadis sebagai pembantu. Pembantu saper yang boleh dipercayai??

KICAPMADU said...

Saya sebagai anak jati Terengganu berbangga dengan kehadiran pilihanraya kecil P036 di Kuala Terengganu. Bahkan kalau boleh setiap tahun atau setiap 3 bulan sekali pun bagus. Akan serta merta lah Terengganu membangun.

Apa kata kita jenguk-jenguk apa pembangunan kat DUN Hulu Besut, DUN Jabi, DUN Langkap, DUN Bukit Besi (khususnya peti undi Hulu Dungun/Pasir Raja). Alangkah baiknya DUN-DUN ini akan ada pilihanraya kecil plak selepas ini.

Semua terlepas pandang tentang pembangunan di DUN-DUN ini.

putrarahman said...

KICAPMADU (nampaknya semua nak dikaitkan dengan madu... Budumadu tak ada ke? he.he.he). Apa kurangnya pembangunan di Hulu Terengganu. Kawasan luas, tanah kosong banyak. Suatu ketika itu, pernah aku terdengar seorang wakil rakyat bertaraf TM berkata-kata ingin menjadikan kawasan AJIL sebagai pelabuhan darat. Impian beliau cukup bermadu dan sepatutnya disertai dengan proposal yang jitu. Tetapi kenapa ye...impian itu tidak menjadi realiti.

Aku tegaskan sekali lagi kepada semua YB-YB ( Pernah diberi gelaran Yang Berkhidmat semasa musim Gelombang Biru dulu..masihkan. ) supaya apabila membuat impian tu, janganlah difikirkan apakah keuntungan kepada diri sendiri dan kroni semata-mata tetapi fikirlah keuntungan kepada rakyat terbanyak.

Yeak...mungkin akibat terdesak dan kurang permintaan...maka dengan serta merta Nama BUDU ditukar kepada BUDUMADU. Nampak sangat boh....

Zaki said...

Salam,
Setelah lebih 30 tahun menerima wang royalti petroleum berjumlah berbilion2 ringgit BN telah berjaya menempatkan T'ganu no.2 termiskin selepas Sabah ... Berapa lama lagi dan berapa billion lagi diperlukan utk membangunkan T'ganu .... Nak undi BN lagi??? Org Islam sepatutnya tidak dipatuk ular 2 kali dlm satu lubang..

Anonymous said...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".