Friday, January 30, 2009

Dimana Keutamaan/Awlawiyyah...

Salam bloggers...hari ini banyak isu yang ingin saya kongsikan bersama. Semoga sedikit sebanyak akan membuka minda kita ke arah perjuangan yang lebih matang dan terarah. Saya tertarik dengan cadangan UMNO bahagian Besut dalam mesyuaratnya bahawa jawatan-jawatan penting di dalam UMNO Malaysia tidak dipertandingkan. Ini adalah untuk mempastikan UMNO pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang dengan lebih berjaya.

Ini bukan bermakna saya menyokong bekas bos saya. Pada saya apa sahaja yang baik untuk parti dan rakyat saya akan sokong walaupun ia datang dari pihak musuh saya. Saya bukan pandang siapa yang mencadang atau bercakap tetapi saya nilai apa yang diucapkan. Saya yakin apa yang diutarakan oleh UMNO Besut adalah cara terbaik untuk UMNO dan orang Melayu.

Serentak dengan itu kita dapat tahu beberapa calon jawatan tertinggi itu terus memberi respon. Saya tidak tahu kenapa mereka bertindak demikian. Mungkin kerana mereka yakin untuk membantu pucuk pimpinan ke arah mengukuhkan parti atau mungkin merasakan sesuatu yang malang kerana telah banyak 'pelaburan' dikeluarkan untuk jawatan tersebut sejak berbulan-bulan dulu...Wallahu alam...

Pada saya mana-mana negeri yang kalah, lebih baik tumpukan kepada usaha memulihkan parti di peringkat negeri. Selepas dapat memulihkan dan menawan semula negeri, barulah kita berusaha untuk merebut jawatan penting dalam UMNO Malaysia. Maaf...ini cadangan saya sahaja. Kerana pada saya keutamaan dalam keadaan sekarang ialah usaha menawan kembali negeri-negeri yang kalah. Tiada maknanya kemenangan dalam negeri atau negara yang kalah...

Dalam keadaan sekarang saya ingin ucapkan tahniah kepada YB DS Tajol Rosli kerana merasa bertanggungjawab atas YB Nasaruddin yang melompat parti. Pada saya tindakan DS Tajol adalah sesuatu yang bertanggungjawab dan berhemah. Jarang sekali kita bertemu dengan pemimpin seperti ini. Biasanya apabila sesuatu yang buruk berlaku, ketua selalu mencari orang lain untuk dikambing hitamkan. Ini biasa dalam dunia akhir zaman ini....Zaman jawatan direbut dan dilobi...

'...Kelemahan umat hari ini disebabkan kita tidak tahu keutamaan/Awlawiyyah....'Yusof Qardawi....Fikir-fikirkanlah

3 comments:

Zaki said...

Salam,
Sorang cadang adakan kompromi tak payah tanding ramai2, takut perpecahan mengakibatkan parti yg dah lemah jadi makin parah... sorang lagi cadang bubar sayap2 UMNO utk kurangkan rasuah... How 'kelam kabut' they are menjelang mac ini... lepas ni apa lagi cadangan yg bernas utk selamatkan UMNO...
How about bubarkan umno dan semua ahli join PAS ataupon PAS & UMNO sama2 bubar parti masing2 tubuh parti baru... a single parti yg berlandaskan Islam utk org melayu... saya rasa idea ni pernah diwar2kan oleh TG Nik Aziz tak lama dulu... di pihak PAS sure tak de masalah. Yang PAS tak setuju ialah PAS bergabung dgn UMNO yg berideologi Nasionalis Sekular yg bertentangan sekali dgn dasar PAS... ditambah lagi dengan penyakit rasuah yg membarah dari pimpinan tertinggi hinggalah ke peringkat bawahan... bila UMNO dibubarkan semua masalah ini selesai...
Sekadar idea

UMNO PARTI PENJARA said...

Betul kata Dato' tu..

Yang baik kita sokong..
Yang tak elok buat apa sokong ;-)































Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

ganergamok said...

salam,
sudah lama saya tidak mencoretkan beberapa perkara di dalam blog cikgu ini.Seperkara yang ingin saya coretkan di sini ialah semua pemimpin UMNO di negara kita hendaklah bermuhasabah dan jangan jadikan kegagalan dan tidak puas hati dalam diri dengan mengambil sikap untuk lemah semangat seperti yang berlaku kepada "pengkhianat UMNO" di Perak iaitu ADUN BOTA yang sudah BUTA.
Setelah mengetahui berita tentang Lompat Katak yang dilakukannya, saya cukup geram dan rasa marah terhadap tindakannya itu. Orang Terengganu panggil, natang bewok. Maaflah kalau ayat yang digunakan tadi agak kasar, tapi itu menunjukkan kemarahan saya itu.

Sepatutnya, ADUN BOTA mengambil contoh terhadap ADUN Ajil, walaupun tidak mendapat tempat dalam pemilihan peringkat Bahagian baru2 ini, ADUN AJIL masih bekerja di bawah payung UMNO dan BN serta menunjukkan kesetiann tidak berbelah bagi. Sikap seperti inilah yang patut dicontohi. Ke ganer.

Cadangan daripada Datuk Seri Idris Jusoh itu dilihat mampu mengembalikan semula perpaduan dalam UMNO. Walaupun begitu,pertandingan yang ada perlu lagi diperhalusi dan ahli perlu memilih calon yang sesuai kerana pemimpin yang menang akan membawa arah tuju Parti Keramat ke hadapan dan bukan kebelakang.

Saya sebagai Ahli UMNO juga ingin memberikan cadangan, setiap pertandingan di peringkat cawangan dan bahagian, mansuhkan perwakilan, ahli patut memilih siapa yang patut jadi pemimpin. Dengan cara itu, ia akan menidakkan pengaruh wang yang dilihat menjadi barah selama ini. Harap pandangan saya boleh diambil perhatian.

Harapan saya agar UMNO dan BN kembali KUAT di mata Rakyat kelak.