Salam bloggers...Nampaknya blog saya semakin meriah selepas peristiwa P036. Terima kasih rakan-rakan yang memberi komen dan ulasan serta pandangan terhadap isu yang saya utarakan. Terima kasih daun keladi...lain kali komen lagi.
Selepas sahaja keputusan P036 di umumkan maka banyak pendapat dan pandangan diutarakan. Ada yang mengatakan bahawa 'post-mortem' perlu disegerakan... Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu 'post mortem' kerana sebab-musabab kekalahan telah jelas diketahui. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana kerana saya faham kedua-dua pendapat tersebut ada justifikasinya masing-masing.
Pada saya kita tidak perlu terlalu meratap tentang sebuah 'kematian' kerana esok masih ada. Yang patah akan tumbuh dan hilang akan berganti. Jadikan 'kematian' itu sebuah pengajaran yang berguna untuk langkahan seribu ke depan. Cukuplah kita menuding jari menyalahkan orang lain kerana faedahnya tiada. Yang ada cuma keburukan dan pekung sendiri akan terbuka. Musuh kita cuma menunggu masa terbaik untuk membaham kita.
Untuk itu marilah kita perbaiki nawaitu kita, bulatkan tekad dan azam kita dan fokuskan matlamat kita untuk agama, bangsa dan tanah air...dan terakhir...tawakkal kepada Allah...InsyaAllah selamat dunia dan akhirat....
...Setiap amalan kita mesti dengan niat...maksud hadis....Fikir-fikirkanlah
Thursday, January 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam Dato'
Saya setuju dan sependapat dengan Dato' berkaitan peluang yang dinanti oleh pihak lawan.
Buat masa sekarang terlalu banyak peluang yang diberikan oleh BN kepada lawan.
Aslm,
Walaupon PRK P36 tidak merubah apa2 tapi kali ini saya cukup bangga dgn rakyat KT yg telah membuat pilihan yg tepat. Dalam PR 12 rakyat T'ganu masih memilih BN sedangkan Selangor, Kedah, Perak, Penang & Kelantan beralih kpd Pakatan Rakyat. Saya sebagai rakyat T'ganu yg berada di luar T'ganu tertanya2 apa yg berlaku di negeri saya sendiri. Apa yg tak sedap didengar masa tu ialah ada rakan2 yg menyindir... Rakyat T'ganu masih boleh dibeli dengan kain pelikat dan kain batik... berdesing telinga mendengarnya. Tapi sekarang saya boleh berbangga dgn rakan2 walaupun lambat rakyat t'ganu telah sedar dan akan membuat perubahan yg dinanti-nantikan di PR13 nanti... tambahan pula kemenangan PAS dlm P36 byk dibantu oleh undi org muda, seperti mana Presiden Obama menang dgn undi org muda. Seperti biasa T'ganu lambat sokmo... sesuai dgn resam penyu ... slow and steady. Tapi kata org.. better late than never..
- No place like home
Salam,
Saya sebenarnya malas nak komen pasal umno & BN sebab dah byk yg diperkatakan sejak prestasi buruk dlm PR12 lalu. Cuma nak cadangkan kpd DS Najib yg bakal jadi PM supaya adakan pilihanraya umum selepas Mac nanti utk dptkan mandat baru utk beliau dan BN. Macam mana nak memimpin negara sedangkan populariti beliau jatuh merudum.. sejak dicalonkan sebagai pengganti Pak Lah BN sudah kalah dua p/raya kecil... ditambah lagi dgn pelbagai skandal yg melibatkan dirinya... pemimpin baru sepatutnya bermula dengan imej yg bersih dan keyakinan rakyat yg tinggi... seperti mana bekas2 PM Msia sebelum ini. Lihat saja Presiden Obama, popularitinya begitu tinggi bukan saja di USA malah seluruh dunia. Tapi apa yg boleh diharapkan drp pemimpin BN khususnya UMNO... seperti mengharapkan buah yg tak akan gugur... mereka peduli apa dgn imej yg bersih, integriti yg tinggi.... selagi boleh memerintah mereka tak akan lepaskan hak itu kpd rakyat... lihat saja kes Rahim Tamby Chik & Isa Samad... walaupon didapati bersalah masih cuba bangkit lagi dgn apa cara sekalipun...at least Chua Soi Lek has the ball, mengaku & melepaskan jawatan selepas di implicate dlm skandal sex... seingat saya belum ada lagi pemimpin UMNO seberani beliau... So, ini membuatkan kita berfikir apa sebenarnya yg sedang diperjuangkan oleh UMNO? Patutkah kita memberi undi kpd mereka kalau kepentingan diri pemimpin2nya melebihi kepentingan rakyat...
WaLLAHU A'lam
Sekadar perkongsian. Doa Murah Rezeki
Ertinya:
"Ya Allah, wahai yang Maha Kaya, wahai yang Maha Terpuji, wahai yang mula-mula Menjadikan makhluk, wahai yang Mengakhirkan, wahai yang Maha Penyayang, wahai yang Maha Lembut, kayakanlah kami dengan harta benda yang halal serta jauhi daripada yang haram dengan mentaati-Mu dan menjauhi maksiat; dan dengan kurnia-Mu sahaja, tidak dari yang lain."
View Profile: Rantong
Betulkan nawaitu...
Sedari kesilapan :-)
assalamualaikum w.r.b Dato,
saya ingin mengucapkan tahniah kepada dato kerana dato adalah bukan seorang yang pak turut dalam umno negeri, walaupun saya tak pernah komen didalam blog dato, tetapi saya selalu menjenguk ke blog dato. disini dato saya ingin memberi komen kepada dato mengenai kekalahan pilihanraya kecil kuala terengganu P36, saya tidak tahu kenapa jentera umno di kuala terengganu baru-baru ini seolah-olah tidak berupaya melawan jentera pembangkang, disini kita tidak perlu salahkan orang lain, yang perlu mengakui kesalahannya adalah pengerusi perhubungan Umno negeri Terengganu dato ahmad said yang sengaja nak merosakkan umno negeri terengganu. rakyat terengganu tidak pernah lupa dengan isu pembelian kereta mercedes disaat rakyat kesempitan hidup. sebenarnya sebagai seorang pemimpin, seharusnya beliau menjadi contoh kepada rakyat untuk mempunyai semangat kecintaan terhadap tanah air, dengan pembelian kereta mercedes tersebut, tiada langsung unsur-unsur seorang yang patriotik, malah memburukkan proton sebagai pengeluar kereta buatan malaysia, apakah jenis pemimpin sebegini. kini selangor dan perak turut mengikut jejak terengganu. pembangkang hanya mengambil peluang je untuk menghentam UMNO. sekrang alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri selangor dan perak adalah kerajaan negeri teregganu sendiri yang perlu dipersalahkan. kita sedia maklum bahawa kini kerajaan negeri terengganu mendapat kembali duit royalti, tapi rakyat tak nampak apa-apa pun dari hasil duit royalti ini. rakyat negeri terengganu kini bukan bodoh. berbeza dahulu apabila memula BN mengambil alih terengganu dari PAS, pelbagai projek dan pembangunan telah dirancang. bagi orang PAS semuanya membazir, nak besarkan airport untuk memudahkan orang menunaikan haji pun membazir, buat stadium membazir, kalo BN buat apa2, semuanya membazir. tak pernah nak menghargai. itulah pemikiran orang PAS. sekarang orang nak menutup kesalahan Ahmad Said dengan menyalahkan JKKK punca kekalahan UMNO di terengganu. tidak semuanya JKKK yang tidak baik, ada yang baik, tidak adil lah hanya nak persalahkan JKKK. yang patut dipersalahkan Ahmad Said kerana beliau pengerusi perhubungan UMNO negeri, beliau yang mentadbir dan menguruskan semuanya. mat said ni pandai nak bodek orang pas, dengan memberikan stadium negeri untuk mengumunkan calon, tapi hanya memakan diri sendiri. tidak tau lah kalau mat said dah memang nak UMNO kalah. saya percaya, UMNO di terengganu akan tersungkur pada pilihanraya akan datang jika "MAT SAID" masih dalam UMNO dan mengemudi UMNO negeri Terengganu. saya harap dato dan rakan-rakan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan UMNO pada era Datuk Seri Idris Jusoh. biarlah orang tak suka kat kita dato, yang penting kita ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan membangunkan negeri terengganu sebagai sebuah negeri yang maju.
Salam...Selamat Gaza...Selamat Islam...
Lihat semenjak kemasukan Ezam tiada apa2 pun perkembangan..dan mengapa setiap kali dia hentam atau memburuk Anwar Ibrahim tiada sebarang tindak balas oleh Anwar seperti saman berjuta-juta lemon..Seperti yang dilakukan kepada Tun Dr Mahathir
Salam Dato'
Bagaimana dengan seluruh Pengerusi, Setiausa & AJK Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung di kawasan DUN Ajil?
Datuk Zubir Embong dan YAB Dato Ahmad Said menyalahkan mereka-mereka ini punca UMNO gagal memikat pengundi muda dan seterusnya punca kekalahan pada PRK P036. Apa pandangan YB Dato'?
Adakah JKKK di Kampung Bukit Diman bersih dan suci? Dengar-dengar cerita dulu banyak juga orang2 Ajil & Bukit Diman dapat projek. Ramai juga kontraktor yang rapat dengan Dato'. So, tak perlulah saya coretkan senarainya disini. Buat malu DUN kita je. Tepuk dada tanya diri sendiri.
Saya setuju dengan pro2club...
Jangan hanya tuduh JKKK sahaja.
Kadang2 kerja2 mereka pun lagi baik dari yang kat atas :-)
Post a Comment