Sunday, October 3, 2010

Malaysia,Syawal dan Galas...

Salam bloggers....Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...mungkin menjadi pemimpin kecil di kalangan rakan rakan dan rakyat ini ada terkasar bahasa terlanjur kata...kemaafan jua dipinta...Juga keampunan dari Allah jua matlamat akhir sebagai seorang hamba...

Terima kasih kepada seluruh rakyat dan rakan -rakan yang jauh dan dekat yang sudi datang beraya ala kadar ke teratak saya...Sebagai tuan rumah, perkara yang paling seronok apabila mengadakan rumah terbuka ialah semua juadah, lauk pauk dan makanan yang disediakan tidak berbaki dan bersisa...dan kadang-kadang tuan rumah sendiri pun tak dang nak makan...terima kasih...Yang menariknya rumah terbuka saya kali ini ialah kehadirannya amat memberangsangkan...Percubaan saya untuk golek kambing boer En Hamidi nampaknya sesuatu yang istimewa. Walaupun idea golek kambing ini datang secara tidak dirancang...

Itulah sebenarnya sesuatu yang tidak dirancang memberi impak yang baik dan mungkin ianya akan lebih baik kalau dirancang dengan teliti dan baik...Atau tidak mustahil apa yang dibuat secara adhoc memberi kesan yang lebih baik...apakah ini terjadi secara kebetulan...Mungkin kebetulan atau coincidence ini terjadi sebab telah tersurat dan saya selalu kaitkan kebetulan itu dengan keikhlasan dan keberkatan...

Berkaitan dengan keberkatan...alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana sepanjang syawal ini saya tidak putus-putus dijemput untuk sambutan hari raya sama ada di peringkat cawangan, JKKK, jabatan dan orang perseorangan. Terimbau saya 10 lima belas tahun dahulu betapa sukarnya untuk nak adakan sambutan sebegini....Ertinya masyarakat kita hari ini mampu untuk celebrate selama 30 hari...kata mereka oleh kerana puasa 30 hari maka raya pun mestilah 30 hari...maka sukarlah bagi mereka yang kurang rajin puasa enam untuk mencukupkannya. Ramai yang menjadikan alasan rumah terbuka untuk tidak puasa sunat 6 hari ramadan..

Beberapa hari lagi kita terutamanya orang politik akan terlibat dengan pilihanraya kecil Galas. AlFatihah untuk YB yang baru kembali ke rahmatullah. Moga rohnya dikumpulkan bersama mereka yang beriman. Macam macam spekulasi tentang calon di war warkan...Tetapi yang pasti ialah apalah malangnya zaman PM DS Najib ni kerana terlalu banyak... Dan yangbpaling pasti ialah rakyat Galas akan menggalas satu tanggungjawab lagi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka nanti...

...Hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam...Fikir fikirkanlah...

Apabila disebut hari

2 comments:

jusohmohdlazin said...

Salam Dato...

Seronok kerana sempat meraya rumah dato tempoh hari, seronok juga keran dapat berjumpa member2 lama kat Open House Dato.

Jadi disini banyak kebaikan Open House ni, kalu kita tau menafaatkanye. Tgok orang datang x putus2, tua, muda, kanak2 sume kerana menghargai Dato. Bukan ke g2? Yang penting kalu kita baik, jujur, dan iklas orang sayang kita. Kalu kita bercinta pun sama macam 2 gok...

Okla Selamat Hari Raya Dato dari saya sekerluarga...

Buat Orang Galas n Jentera2 BN kalu kuat kerja n kuat Galas Cabaran Pasti Menang...

putrarahman said...

Dato' ramai yang kata sekarang ni sukar nak cari pemimpin yang ikhlas perjuangkan nasib rakyat dan bangsa. Namun saya percaya masih ada yang ikhlas. Ada yang cabar saya supaya kemukakan nama pemimpin yang ikhlas itu.

Pemimpin yang ikhlas, yang saya maksudkan ialah mereka yang memimpin dan membantu rakyat tanpa mengharapkan projek ataupun pujian. Mereka bekerja untuk rakyat sebagai membalas kepercayaan rakyat kepada mereka dengan memberikan sokongan (undi).
Pemimpin yang ikhlas berani mempertahankan penyokong mereka dalam perkara kebenaran dan menegur penyokong mereka dalam hal kemungkaran walaupun berisiko untuk dijatuhkan dalam politik.Pemimpin yang ikhlas tidak mengumpul harta tetapi mengumpul pahala.

Oleh yang demikian, boleh tak saya cadangkan nama Dato' sebagai salah seorang nama pemimpin yang ikhlas itu, ataupun Dato' ada cadangan lain.