Saturday, December 27, 2008

Salam Maal Hijrah-Berhijrahkah Kita

Salam bloggers...Hijrah disambut lagi. Hijrah datang lagi...tetapi sekadar perarakan, syarahan dan ceramah...selepas itu semangatnya terus hilang dibawa angin lalu sehingga tiba tahun hijrah yang akan datang. Tiba lagi, kita sambut lagi....'mediocrity' orang Terengganu sebut ..'Hok Tu Le'...'Ketulaan'...Nasib umat masih tetap sama dari segi pencapaian dalam semua bidang...masih tertinggal berbanding dengan umat lain. Kenapa dan mengapa malangnya nasib umat kita hari ini? Di mana silapnya? Semangat hijrah Rasulullah saw cuma tinggal semangat sahaja tanpa dihayati oleh umat. Kita cuma berbangga dengan pencapaian gemilang Rasulullah dan para sahabi. Tetapi bilakah kita mampu berbangga dengan pencapaian gemilang kita sebagai umat Nabi saw?. Satu persoalan kita perlu jawab bersama.

Satu hari saya berdiri di hadapan Berjaya Time Square di KL. Terdetik dalam hati saya betapa berjayanya tuan punya bangunan tersergam indah itu. Terfikir dalam benak saya bilakah orang Melayu Islam di bumi bertuah ini mampu untuk memiliki bangunan sebesar itu. Tidak adakah makhluk Melayu yang mampu membina dan memilikinya selepas lebih 50 tahun merdeka. Satu persoalan yang sukar untuk saya mencari jawapannya. Ini kerana dengan segala kemudahan, keistimewaan dan pelbagai fasiliti yang kita miliki dan diberi oleh kerajaan kenapa masih belum wujud Melayu yang cemerlang seperti pemilik bangunan tersebut? Yang pasti saya beranggapan mesti ada 'something wrong some where'...

Begitu juga halnya dalam politik. UMNO telah berjaya menjadikan orang Melayu terbela. Bangsa yang dulunya merempat dan dihina oleh penjajah, hari ini alhamdulillah telah mampu untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain walaupun dalam sesetengah perkara kita masih terkebelakang. Tetapi jasa UMNO terhadap bangsa Melayu tidak dapat dinafikan. Pemimpin dulu bercakap dan bertindak untuk pembelaan agama,bangsa dan tanah air (Alif, Ba, Ta). Lantaran itu hasil perjuangan mereka kita kecapi sekarang. Kerana itulah UMNO dihormati dan disanjung tinggi...Kenapa UMNO semakin dipandang sepi sekarang?...Jawab seorang rakan ..kerana UMNO hari ini telah terpesong dari perjuangan asal. Perjuangan Alif, Ba, Ta...Niat masuk dan berjuang dalam UMNO untuk diri sendiri. Sejauh mana jawaban itu benar...nilai-nilailah sendiri.

Saya tertarik dengan satu cerita tukang baiki basikal berbangsa cina...apek tua. Umur lebih kurang 60 tahun. Sentiasa berseluar pendek dan berbaju pagoda...Tiba-tiba sebuah kereta BMW 5 series berhenti dihadapan bengkel basikal apek tadi. Pemandu BMW itu adalah anaknya. Apabila diajukan persoalan kepada Apek tadi kenapa dia masih berseluar pendek dan berpagoda sedanglkan anaknya memiliki kereta mewah...Apek menjawab selamba..."Wa anak olang miskin, itu sebab wa pakai ini macam wo... wa punya anak, dia anak olang kaya itu pasai dia bawak itu keleta wo"Barangkali inilah nasib UMNO....Fikir-fikirkanlah

11 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam Hijrah...

Tutup buku lama... Buka buku baru :-)
















(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Mohd Sobri said...

Salam..
wwwmsobri.blogsport.com
1.Tidak dinafikan lagi UMNO dulu banyak berjasa kepada bumi Malaysia ini.
2.Pemimpin UMNO hari ini banyak yang berkepentingan diri. Walaupun tidak semua tetapi membimbangkan.
3.Pandangan peribadi saya mengataakan bahawa pemimpin hari ini lebih kepada mengaut kantung sendiri tanpa memikirkan rakyat.
4.Terkadang terasa mual dengan UMNO tetapi apakan daya jiwa tak serasi dengan yang lain. Kalau terpaksa nanti tak tahulah.
5.Melihat kepada senario hari ini UMNO sudah jauh tersimpang dari perjuangan asal..hanya beberapa kerat pemimpin sahaja yang betul-betul ikhlas berjuang untuk rakyat.
tengok-tengoklah Dato'.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam maal hijrah..
dan selamat tahun baru....

kepada datuk, keluarga..sahabat handai..dan sahabat dalam UMNO...

putrarahman said...

Dato'. Sambutan apa bentuk perayaan sekalipun dah menjadi satu adat dan budaya sahaja, ataupun disebut sebagai formaliti sahaja. Jadi usah dihairankan bilamana hasil daripada sambutan tersebut sangat sedikit yang membawa kebaikan dan faedah kepada rakyat. Oleh kerana ianya adat dan formaliti, maka ianya akan terus diadakan setiap detik ketibaannya.

Begitu juga dengan budaya dan adat orang melayu mencari rezeki. Sangat sedikit dikalangan orang Melayu yang berjaya mempunyai niat dan kesungguhan untuk membantu orang Melayu lain turut berjaya.

Sepatutnya, bila dah berjaya mereka hendaklah mempunyai niat dan ikhtiar untuk membantu orang lain pulak berjaya. Walaupun ramai yang mempunyai niat dan ikhtiar, tetapi setakat dalam MLM sahaja.

TQ

putrarahman said...

Dato'. Bayangkan sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang atau beberapa orang rakyat Ajil mempunyai pekerja seramai seribu orang anak tempatan Ajil mengusahakan setiap ceruk rantau tanah terbiar di Ajil( yang sesuai) dengan tanaman kacang tanah ( atau jagung), mempunyai kilang di Ajil yang memproses kacang tanah ( atau jagung. Tidakkah ianya menjadi sesuatu yang berskala dunia????.

Apabila syarikat telah berjaya, usahakan pulak tanah terbiar di Hulu Terengganu, Setiu dan lain-lain daerah.

Yang penting bagi seorang pemimpin yang mempunyai kuasa adalah mempunyai impian. Setelah itu, gerakkan kuasanya untuk memenuhi impian tersebut.

Yang menjadi masalahnya, ramai dikalangan pemimpin yang mempunyai impian hanya untuk diri dan keluarga sendiri sahaja. Mereka tidak mempunyai impian untuk merealisasikan sesuatu yang besar dan berfaedah kepada rakyat teramai.

afiqsyahmir said...

Dewasa ini, berjuanglah untuk parti demi kebahagiaan & kemewahan hidup. Manusia yang jujur dalam parti tidak akan mampu bertahan lama, sama ada akan dipeteh keting, di humban ke dasar atau dimalukan. Percayalah....

Kalau tak percaya tak kan lulusan PhD Agama (Bekas Pensyarah UIA) kecundang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat dengan calon lulusan SPM sahaja.

Politik adalah nadi kehidupan dan kekayaan. Duit adalah raja dunia.

Anonymous said...

Perlu bermula dari sekarang. Anak2 didik yang akan menjadi pemimpin UMNO pada masa akan datang perlu kuasai ilmu agama agar pertahanan diri dapat menghalang dari rasuah dan salah guna kuasa. Hidup UMNO, Hidup Islam, Hidup Melayu.

Anonymous said...

Salam MAAL-HIJRAH & Selamat Tahun Baru 2009 daripada kami pelajar-pelajar Terengganu di Eropah Timur.

Jika Y.B Dato' Hj Rosol ada kelapangan, sudi-sudikanlah menjenguk kami di blog kami http://www.gamtet.wordpress.com dan website kami, http://www.gamtet.com.

Salam ingatan,
GABUNGAN MAHASISWA TERENGGANU EROPAH TIMUR (GAMTET)

kulaan said...

Assalamualaikum..

Salam Hijrah dan 09'...Tahun yang penuh cabaran kerana kegawatan ekonomi yang menghambarkan kita...

Mungkin mereka yang berpolitik sebagai satu cabaran untuk memastikan kestabialn ekonomi negara kita mantap dalam melawan gelora ini..

bagaimana mereka yang bergantung kepada sumber komoditi yang asyik jatuh seperti penoreh getah kecil...

kulaan said...

Salam...

Apabila pilihanraya kecil melibat Pas dan Umno maka bermula idea paling bodoh digunakan iaitu kafir mengkafir bahawa PAS itu Islam tetapi jika Umno tidak Islam..

Apakah peminpin Pas ini pandai atau mungkin itu sebab umur mereka masih panjang kerana diberi peluang supaya bertaubat atau tau buat....Bersekutu dengan Kafiq Laknat lim kit siang dan gengnya si Tessa Kok betina yang yang suka hina Islam.

Kata mengetahui selengkapnya tentang Al-Quran tetapi Ayat Al-Baqarah (ayat 120 )dan Ayat Ali Imran(80-120) didalam Ayat-ayat Suci Al Quran ditafiskan mengikut idea-idea politik.

Sanggup mengajak golongan kafiq menghentam sesama Islam dan bukan membantu ...

Kesesatan kita di dunia ini kerana angkara mereka yang terlalu bijak memperkota-katikan kita

Anonymous said...

Kepada Kulaan, saya suka komen anda.