Monday, January 24, 2011

PRK oh PRK

Salam bloggers...pilihan raya kecil (PRK) ke 14 akan berlangsung di Tenang Labis Johor 30hb nanti. Dan selepas ini akan diikuti oleh Melaka...Selepas itu...Wallahualam... Harap-harap tiada lagi selepas itu. Dan harap harap juga Merlimau adalah yang terakhir... Kenapa? Alasannya terlalu banyak untuk dilakarkan di sini. antaranya...Kesian PM dan TPM, sejak 2008 terlalu banyak (embeng; pinjam kata orang Terengganu) PRK. Kalau tidak silap saya zaman dan era DS Najib dan TS Muhyiddin ni lah zaman paling meriah pilihanraya kecil sejak kita mencapai kemerdekaan.

Alasan kedua ialah kewangan. Saya tidak mempunyai 'figure' yang tepat berapa kos sesuatu PRK. tetapi saya yakin ia mencecah jutaan ringgit. Itu belanja yang rasmi iaitu kos cetak kertas undi, biayai makan minum pasukan keselamatan, lojistik dan macam-macam lagi. Ini mungkin tidak termasuk projek-projek segera yang diluluskan dan dilaksanakan di kawasan yang terlibat; Projek turap jalan, projek baiki parit, subsidi basikal dan lain-lain lagi. Semuanya ini....pitis kata orangTerengganu. Ini tidak termasuk pitis dan peruntukan persendirian yang di bawa oleh mereka yang datang membantu berkempen daripada parti-parti yang bertanding.

Selain itu ialah alasan masa. Masa yang sepatutnya ditumpukan pada perkara-perkara lain untuk kepentingan rakyat dan negara dihabiskan untuk PRK. Walaupun tempoh kempen hanya 10hari sahaja...(itupun pembangkang mohon perbanyakkan lagi)...tetapi perlu diingat bahawa persiapan PRK telah bermula sejak saat kematian seseorang YB. Ertinya paling-paling koman pun sebulan atau 30 hari.

Faktor keempat ialah tenaga dan usaha... banyak tenaga dan usaha ditumpu untuk mempastikan calon yang bertanding itu menang. Kerana seluruh jentera parti yang bertanding akan bertumpu di kawasan PRK. Ia akan bertambah banyak lagi sekiranya kawasan yang dipertandingkan itu kawasan 50 50...maka seluruh tenaga akan dikerah untuk mempastikan kemenangan dipihak mereka. Pada hal tenaga tenaga tersebut boleh dicurahkan di kawasan masing-masing.

Sebenarnya banyak lagi alasan yang boleh diutarakan...walau bagaimanapun kita mesti akur dengan sistem demokrasi kita. Cuma ia mesti ditambah baik dari semasa ke semasa agar pengalaman sessi 2008-2012 ini tidak berulang. Persoalannya bagaimana cara untuk mengatasi masalah dan beban ini...

Ada cadangan agar setiap calon pilihanraya akan datang mesti melalui ujian tahap kesihatan,kecergasan dan kecerdasan... walaupun ada kematian YB disebabkan kemalangan tetapi jumlahnya kecil. InsyaAllah saya yakin jika ini dapat diimplementasikan untuk pilihanraya akan datang PRK akibat kematian akan dapat dikurangkan. walaupun kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan

Ada juga cadangan agar PRK tidak perlu diadakan. Dan YB yang meninggal hanya dipilih oleh parti yang memerintah. Sebaliknya ada juga pandangan agar calon yang kalah dalam pilihanraya kawasan tersebut secara otomatis diangkat menjadi YB yang baru...

Walau apapun pandangan dan cara penyelesaian...saya yakin semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin kita sedang mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita doakan agar mereka diberi petunjuk untuk kebaikan negara tercinta ini. Wallahu 'Alam..

"Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia..."maksud ayat...Fikir-fikirkan...